Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Planta (Mudah dan Ringkas!)

Kalau dulu dulu, kek planta sering dijadikan kek buat sambutan hari jadi. Apa yang berbezanya dengan kek planta adalah, kek planta menggunakan marjerin dalam pembuatannya dan bukannya mentega, memberikan aroma yang lain daripada biasa.

Jika anda menyediakan kek planta ini, pasti anda teringat akan zaman kecil kecil dahulu. Selain itu, kek planta juga mempunyai rasa yang amat lazat. Jadi, jom kita sediakannya!

Resepi ini dikongsikan oleh Intan Diee Intan dan telah mendapat banyak likes dan share di Facebook. Jom kita tengok!

Resepi Kek Planta

kek-planta
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 cwn gula(kisar halus)
  • 1 cwn planta
  • 2 cwn tepung gandum
  • 6 biji telur gred C (asing putih & kuning)
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 1 sudu besar ovelet
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara – cara memasak:

  1. Ayak tepung bersama soda dan baking powder (ketepikan dulu)
  2. Campurkan telur putih sehingga kembang maringue dlm 3 minit (ketepikan dulu)
  3. Didalam bekas lain, campurkan gula dan planta sehingga kembang dalam 3 minit.
  4. Masukkan kuning telur sebiji – biji dan kacau sampai kembang.
  5. Kmudian, masukkan esen vanila, ovelet, dan telur putih tadi dan kacau lagi sampai kembang.
  6. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk bagi sebati.
  7. Panaskan oven 180°C
  8. Asingkan beberapa bahagian utk pewarna.
  9. Sapu loyang dengan sedikit planta kmudian tuangkan adunan tadi selang seli sehingga habis.
  10. Bakar adunan selama 50 minit api atas bawah 180°C
  11. Apabila bahagian atas nampak sudah garing, cucukkan dengan lidi untuk pastikan kek sudahpun masak.
  12. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!