Assalamualaikum. Ni first time sy share resepi kat group ni. Sempena hari pekerja ni sy nak share resepi Kek Pandan Chiffon je. Bukan kek viral(sebab sy tak suka rasa dia terlalu artificial). InsyaAllah gebu gebas kalau ikut semua tips yg saya bagi ?

So, bahan2nya;
Bahan A
225g tepung gandum
1 1/2 sk baking powder

Bahan B
6 biji kuning telur
105g gula halus
Secubit garam

Bahan C
125ml minyak jagung (minyak masak pun boleh)
162ml jus pandan (lebih kurang 5 helai)
1 sk pewarna hijau
165ml santan (kalau santan pekat sangat boleh campur air sikit)

Bahan D
6 biji putih telur
105g gula halus
1 sk cream of tartar
2 sk jus lemon

CARA CARA;
1. Panaskan oven 170C.
2. Ayak bahan A dan ketepikan.
3. Didalam mangkuk besar, putarkan bahan B sehingga kembang & warnanya kuning pucat. Kemudian, masukkan bahan C. Putar hingga sebati.
4. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit ke dalam campuran B+C dengan menggunakan spatula. Kacau dengan kaedah kaup balik. Cukup sekadar sebati sahaja. Jangan terlebih kacau.
5. Untuk bahan D, gunakan mangkuk lain yang kering lagi bersih. Putar putih telur dengan kelajuan maksima sehingga berbuih. Masukkan jus lemon dan putar lagi. Kemudian, masukkan gula & putar lagi sampai kembang dan kental (stiff peak) dimana ia takkan jatuh kalau terbalikkan mangkuk.
6. Masukkan 1/3 adunan putih telur / meringue kedalam adunan A+B+C tadi dengan menggunakan spatula (kaedah kaup balik) sehingga sebati.
7. Masukkan semua meringue ke dalam adunan tadi. Kaup balik hingga sebati. Ketika ini, adunan sangat gebu macam video yg sy attached.
8. Masukkan ke dalam loyang & bakar selama 40-45 minit. Loyang tak perlu letak kertas/minyak. Tuang gitu je.
9. Sejukkan dengan kaedah telangkupkan loyang supaya kek tak mendap. Lebih kurang 2 jam.

TIPS
-ni cuma cara saya. Saya ubah sikit je dari resepi asal.
-tak perlu guna perasa pandan. Tak sedap.
-jangan skip step ayak tepung. PENTING!
-untuk meringue, lepas basuh telur semua, pastikan lap sampai kering, pecahkan dalam mangkuk kering dengan hati2, untuk mengelakkan sebarang percikan air masuk kedalam meringue kesayangan kita tu.
-jus pandan tu jangan tak tapis pulak lepas blend. Nanti lain yg jadi. Org tranung kata, purah kek ?
Rasanya sampai sini je kot. Penat i taip satu2. Selamat mencuba

kredit resepi kepada ‎Myrah Aswa‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)



LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here