Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Oren (Moist Dan Sedap)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi kek yang diinovasi dari kek butter vanila. Kek oren adalah resepi kek butter yang telah diolah menggunakan buah oren. Ia menggunakan parutan kulit buah oren dan jusnya juga diguna didalam resepi ini. Buah oren digunakan kerana ia mengandungi banyak jus yang menyihatkan tubuh badan. Buah oren seperti yang dikenali mempunyai reputasi yang sangat baik dikalangan pengamal gaya hidup sihat. Bukan sahaja ia mempunyai warna yang menarik, ia juga amat sedap. Tambahan pula zat vitamin dan mineralnya sangat baik untuk tubuh badan kita. Ia kaya dengan vitamin C, asid folik yang baik untuk ibu mengandung dan kaya dengan fiber.

Baiklah kali ini Madam akan kongsikan resepi kek oren yang amat mudah dan sedap ini, mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Kek Oren (Moist Dan Sedap)
Bahan-bahan

  • 170 gm butter
  • 115 gm gula halus@gula kastor
  • 3 biji telur gred A
  • 160 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  •  kulit oren(1 biji diparut)
  • 8 sudu besar jus oren(diperah) ATAU
  • 4 sudu besar jus sunquick (kordial)

Kaedah

  • Mula-mula panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Kemudian sediakan loyang saiz 8”
  • Ayak tepung gandum bersama baking powder
  • Kemudian putar gula bersama butter hingga pucat.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan teknik kaup balik.
  • Selang-selikan dengan jus oren dan parutan kulit limau.
  • Akhir sekali masukkan adunan kedalam loyang dan bakar pada suhu 160c selama 50 minit.
  • Uji dengan lidi untuk memastikan kek telah masak.
  • Biarkan dalam loyang dan keluarkan selepas 10 minit, sejukkan diatas besi redai.

Untuk parutan kulit buah oren, ambil dari bahagian luar hingga yang putih sahaja, ini kerana bahagian yang lebih dalam itu lebih pahit dan akan merosakkan rasa sedap kek ini. Simpan didalam bekas kedap udara semalaman untuk kek yang lebih halus dan lembab. Ia juga membantu anda untuk mendapat potongan kek yang lebih cantik.

Sekian dulu perkongsian kali ini, Madam harap anda sudi mencuba resepi kek yang ringkas tetapi sangat enak dan lembab ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *