Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Marble Susu Gerenti Anak Anak Suka

author name

📄

Kali ini kami bawakan kepada anda resepi kek marble susu yang amat manis, amat lazat dan sesuai untuk kanak – kanak mahupun sesiapa sahaja. Kek ini juga amat cantik rupanya, berwarna warni dan pastinya menarik minat anak – anak anda untuk menjamah kek ini. Kek ini juga sesuai dihidangkan di majlis keraian seperti majlis hari jadi, majlis kesyukuran ataupun pada sambutan hari raya.

Kek marble susu ini juga amat tahan lasak dan tahan lama! Oleh itu, ianya sesuai untuk disimpan dan dihidangkan apabila tetamu datang. Walaupun rupanya cantik, kek ini tidak memerlukan dekorasi selepas pembakaran tau! Ianya hanya ditambah warna sebelum dibakar. Langkah – langkah pembuatan kek ini boleh didapati di bawah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Kak Iekaa dan mendapat ratusan shares dan like di Facebook. Jom tengok!

Resepi Kek Marble Susu

kek marble susu
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 6 biji telur
  • 1 sudu besar ovalate
  • 1 cawan gula halus (140-160g)
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan susu segar (50g)
  • 150g butter/ majerin dicairkan
  • 200g/2 cawan tepung gandum dan 1 sudu kecil baking powder diayakkan
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara – cara memasak:

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali marjerin.
  2. Campurkan dalam kelajuan rendah selama 2-3 minit kemudian kelajuan tinggi sehingga gebu.
  3. Apabila tekstur sudah gebu, masukkan marjerin yang telah dicairkan dan gaul sebati.
  4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna kesukaan anda.
  5. Susun sesenduk secara bergilir sehingga habis.
  6. Panaskan ketuhar dan guna tingkat bawah sekali.
  7. Letakkan loyang pada suhu 150 – 160C masa 50 minit ke satu jam mengikut kepada ketuhar masing – masing.
kek marble susu 2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *