Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Marble Kelapa Pandan Bakar Sempoi Tapi Marbeles Sedap

author name

📄

Resepi kali ini merupakan resepi kek yang amat popular dan juga amat versatile. Kek marble merupakan sejenis kek butter yang digabungkan dengan perisa kek yang berbeza lazimnya perisa coklat kemudian di corak menjadi marble diatas kek. Hasilnya kek akan kelihatan lebih menarik dibahagian atas kek dan juga didalam kek.

Bagaimanapun dalam perkongsian kali ini kek marble akan digabungkan dengan perisa pandan dan taburan kelapa kering dibahagian atasnya. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri kek marble ini, bahan-bahan yang diperlukan ialah seperti berikut, kebanyakkan bahan-bahan ini mudah ditemui dipasaraya.

Bahan-bahan

  • 5 biji telor gred A**
  • 1 Cawan minyak jagung**
  • 1 Cawan gula halus** ( kurangkan jika manis )
  • 1 Sudu besar Ovallet**
  • 1 sudu Teh perasa kelapa pandan**
  • 1 1/2 Cawan tepung gandum
  • 1 Sudu teh baking powder
  •  Ayakkan tepung gandum dan baking powder kemudian ketepikan.
  • Putar bahan-bahan bertanda**sampai kembang dan putih gebu..
  • Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit gaul sebati secara kaup balik.
  • Bahagikan adunan kedalam 2 bekas,adunan perlu sama banyak
  • 1 bekas masukkan pewarna hijau dan 1 bekas lagi biarkan putih.
  •  Sapukan mentega / minyak kat loyang dan masukkan bancuhan tadi mengikut kreativiti masing-masing.
  • Guna lidi untuk dapatkan corak marble
  • Bakar pada suhu 160c selama 60 minit.
  • Uji kek dengan lidi untuk pastikan ia telah masak sepenuhnya.
  • Sejukkan kek di atas besi redai sebelum dihidangkan.
  • Siap

Kek ini menggunakan emulco pandan kerana ia lebih mudah. Namun jika anda ingin menggunakan pewarna hijau juga boleh, cuma ia akan kurang sedap kerana aroma pandan amat menyelerakan tanpanya rasa kek akan menjadi kurang sedap. Apapun diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *