Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Marble Kampung (Ringkas)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi kek yang paling popular dikalangan orang dulu-dulu. Kek marble kampung ini menggunakan marjerin Planta dan bukannya butter seperti kek marble yang biasa didapati dibakeri-bakeri atau cafe-cafe. Kek marble adalah sejenis kek vanila yang dicorakkan seperti marble dengan sedikit adunan kek coklat. Penggunaan marjerin ini kerana ia lebih murah berbanding butter.Ā 

Marjerin adalah lemak yang diperbuat dari lemak berasakan sayur, manakala butter pula diperbuat dari lemak haiwan. Butter mempunyai aroma yang lebih menarik, namun marjerin seperti Planta juga mempunyai tarikannya yang tersendiri. Kali ini Madam akan kongsikan resepi ini, jadi inilah bahan-bahannya.

Resepi Kek Marble Kampung (Ringkas)
Bahan kering

  • 3 cawan tepung gandumĀ 
  • 2 sudu teh serbuk penaik

Bahan-bahan basah

  • 1 1/2cwn gula pasir
  • 1 1/2cwn majerin/planta
  • 6 biji telorĀ 
  • 1sudu esen vanila.
  • Ā¼ cawan susu cair/segar

Untuk marble.

  • 1 sudu besar serbuk koko.

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Sediakan loyang saiz 8ā€.
  • Mula-mula pukulkan gula bersama marjerin/planta hingga putih/pucat
  • Masukkan telur satu persatu, pastikan ia sebati sebelum menambah telur yang lain.
  • Akhir sekali masukkan susu dan tepung secara berselang seli.
  • Apabila semua bahan telah sebati. Ambil sedikit adunan dan campurkan dengan 1 sudu besar serbuk koko.
  • Masukkan adunan vanila kedalam loyang dahulu dan kemudian masukkan adunan coklat dan tompok-tompokkan keatas adunan kek vanila tadi.
  • Dengan menggunakan lidi corak-corakkan kek seperti marble.
  • Bakar selama 40 minit sehingga kek masak, uji dengan lidi untuk memastikan kek masak dengan betul.
  • Sejukkan kek diatas redai sebelum dihidangkan.

Kek marble seperti ini lebih lembab jika disimpan didalam bekas kedap udar semalaman. Penggunaan gula selain dari untuk kemanisannya, ia juga berfungsi bahan pengawet. Jadi kek yang manis tahan lebih lama dalam simpanan berbanding jika anda kurangkan ia.Ā 

Namun terpulang pada citarasa anda, kerana selera orang kan berlainan. Oleh itu tepuklah dada tanyalah selera. Selamat mencuba!

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!