Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Kukus Butter (Mudah Dan Gebu)

Resepi kali ini merupakan resepi mentega mempunyai peminatnya yang tersendiri. Kek mentega atau yang biasa dipanggil kek butter biasanya dibakar. Ia biasa dihidang semasa menyambut keraian atau perayaan.

Namun biasanya kek butter ini dibakar, namun tidak semua orang mempunyai oven. Oleh itu resepi kek butter diolah agar ia boleh dikukus. Madam bawakan resepi kek butter kukus kali ini, agar anda yang berminat boleh juga buat kek butter sendiri.

Resepi Kek Kukus Butter (Mudah Dan Gebu)

Bahan-bahan 

  • 4 biji telur
  • 125 gm gula castor
  • 1/2 sudu ovallet
  • 1 sudu susu pekat manis
  • 200 gm mentega/butter
  • 190 gm tepung kek
  • 1 sudu teh esen vanila

Kaedah

  • Pukul telur, gula, dan ovallet sampai putih dan pekat.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam
    adunan tadi.
  • Kacau butter bersama dengan susu pekat manis
    sehingga lembut
  • Kemudian masukkan butter tadi ke dalam adunan tepung dan gaul sehingga sebati.
  • Masukkan adunan dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak dan dikukus 40 minit – 1 jam.
  • Pastikan pengukus telah panas dan penutup dibalut dengan kain agar air tidak menitis diatas adunan kek.

Jika anda suka mencuba resepi kek, resepi ini anda harus cuba. Ini kerana ia agak unik berbanding kek butter bakar. Kek kukus agak padat sedikit berbanding kek bakar. Namun keenakan masih sama,ia pasti memikat hati anda.

Kek mentega,makan atau buat adalah satu kepuasan yang tidak semua orang faham. Oleh itu jangan lupa mencuba ya. Terima kasih kerana like dan share posting ini.

Resepi Lain Yang Menarik 

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya. 

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!