Kek Koko Cheese Kukus

Terpanggil plk nk wat kek koko
cheese kukus ni..
sedap…moist je g2 ??..
#pujidirisdnnaikbakulangkatsdnhehehe

~KEK KOKO CHEESE KUKUS~

Bahan A;
√ 3 biji telur
√ 1 cwn susu cair
√ 3/4 cwn susu pekat manis
√ 3/4 cwn gula castor (kalau suka manis lg, cukupkn secawan gula)
√ 200 ml minyak makan
√ 1 sudu kfc vanila
*** semua bahan ni diblander halus..

Bahan B;
√ 3/4 cawan serbuk koko*
√ 1 cawan tepung gandum*
√ 1 sudu kfc baking powder*
√ 1/2 sudu kfc bikarbonat soda*
*** ayak bahan bertanda *

Bahan C;
√ 200 grm cream tantura cheese
√ 2 biji telur
√ 1/2 cwn gula castor
√ 1/2 sudu kfc vanila
*** Mixer cream cheese & masukkn gula, telur n vanila..Mixer hingga sebati..
*** Kalau nk lebih cheese.. blh ltk 500grm cheese & doublekn bahan lain..

~ Satukan bahan A & bahan B…
~ Kacau sebati dgn whisk..
~ Bahagi kepada 2 bahgian..
~ Lanser loyang dgn marjerin & ltk baking paper..
~ Panaskn kukusan dgn api sederhana besar..
~ Kukus sebahgian adunan selama 15 minit..
~ Angkat kukusan, cakar permukaan kek dgn garfu..
~ Tuang adunan cheese..
~ Kukus lg selama 15 minit..
~ Angkat kukusan, cakar permukaan cheese dgn garfu & tuang sebahgian adunan lg…
~ Kukus lg selama 20 minit @ sehingga masak…
~ Tunggu sejuk baru potong ye..
~ Mmg sedap sesangat…????

Kredit Resepi : Sitty Rohaya

Total
1
Shares
Previous Article

Telur Dadar Jamur Pedas

Next Article
Biskut Cerelac

Resepi Biskut Cerelac