Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Keladi (Resepi Pencuci Mulut)

author name

📄

Keladi amat lazat dimakan begitu sahaja. Selain itu, keladi juga enak dijadikan aiskrim ataupun kek tau! Nak tahu caranya?

Kali ini kami bawakan resepi kek keladi khas buat anda semua. Resepi ini ringkas dan berserta dengan puding tau! Ianya sesuai dihidangkan diwaktu majlis keraian ataupun kepada keluarga.

Resepi ini dikongsikan oleh Masni Bahari di media sosial dan telah mendapat banyak perkongsian. Jadi, apa tunggu lagi! Jom!

Resepi Kek Keladi

kek-keladi
image via Facebook

Bahan – bahan:

Kek Keladi:

  • 4 biji telur
  • 1 setengah cwn tepung gandum
  • 1 cwn gula (dikisar)
  • 1 sb ovelet
  • 1 sk baking
  • 1 sk perisa keladi
  • 2 sb majerin (cairkan)
  • Perwarna

Puding:

  • 10g agar – agar tali
  • 4 cwn air
  • Setengah cwn gula
  • Setengah cwn susu cair
  • Setengah cwn santan
  • Setengah cwn tepung kastard
  • 1 biji telur
  • 2 sb majerin
  • Sedikit garam
  • 1 sk perisa keladi
  • Perwarna

Cara – cara menyediakan:

Kek Keladi:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali tepung, marjerin dan perwarna.
  2. Gaulkan sehingga kembang dan putih gebu.
  3. Tuangkan tepung dan kacau sehingga sebati.
  4. Kemudian, tuangkan marjerin dan kacau sehingga sebati.
  5. Bahagikan kepada dua bahagian.
  6. Satu bancuhan dibiarkan kosong dan satu lagi diletakkan perwarna ungu.
  7. Bakar pada suhu 180C dalam masa 45 minit.

Puding:

  1. Masak agar – agar bersama 4 cawan air.
  2. Satukan susu cair, santan, telur, garam dan tepung kastard, gaulkan sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Apabila agar – agar sudah hancur, tuangkan gula, perasa keladi, marjerin dan adunan tadi.
  4. Kacau sehingga panas dan tutupkan api.
  5. Bahagikan kepada dua bahagian. Warnakan satu bahagian.
  6. Pastikan puding sejuk sedikit baru tuang diatas kek.
  7. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *