Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Kek Hokkaido Creamy Custard Honey Rugi Tak Cuba

author name

📄

Kek hokkaido mempunyai tekstur yang sangat gebu dan filling yang sangat menarik. Untuk filling kek hokkaido boleh dibuat dengan pelbagai filling yang anda inginkan. Kek hokkaido ini kebiasaannya memang datang dengan saiz mini atau dalam bentuk cupcake. Rasa kek yang ringan dan tekstur filling meleleh ketika makan cukup membuatkan anda jatuh hati jika kali pertama merasainya. Resepi hokkaido creamy custard honey versi cupcake ini telah dikongsi oleh Dhia Aqilah.

Bahan-bahan

Bahan A

  • 3 Biji kuning telur gred A
  • 20g Gula kastor/gula halus
  • 35g Minyak canola/jagung/minyak masak
  • 60ml Susu segar
  • 15g tepung jagung/tepung kastad *
  • 55g tepung gandum/tepung kek*
  • 1 sk creamy vanilla
  • 1 sk baking powder*

Bahan B

  • 3 biji putih telur gred A
  • 30g gula kastor
  • 1/2 sudu kecil cream of tartar – optional

Cara Penyediaan

  1. Panaskan oven suhu 170.
  2. Ayak bahan yang bertanda * dan ketepikan.
  3. Dalam mangkuk, satukan kuning telur dan gula kastor/gula halus dan pukul sehingga berkrim.
  4. Masukkan creamy vanila, susu segar dan minyak . Kacau sebati.
  5. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil gaul mesra dan tidak berbiji-biji. Ketepikan.
  6. Pukul bahan B hingga bertanduk @ meringue ( terbalikkan tak jatuh ). Ambil 1/3 adunan putih telur dan kaup balikkan dengan adunan kuning telur. Kemudian masukkan baki dan kaup balik rata.
  7. Masukkan ke dalam cup 3/4 penuh. Bakar selama 20minit atau sehingga masak.

Bahan Cream Custard Honey

  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 4 sudu besar gula
  • 200ml susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sk creamy vanilla

Cara Penyediaan

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  2. Kacau sehingga tidak berketul. Masak sehingga pekat. Dalam api perlahan.
  3. Bila dah sejuk paipkan ke dalam hokaido menggunakan pipping beg. Siap dihidang.

Kek hokkaido ini sebenarnya boleh buat dengan pelbagai filling yang anda inginkan. Ikut citarasa anda. Versi mini ini juga sesuai dijadikan untuk majlis keraian kerana mudah dimakan.

Resepi Menarik Yang Lain

Banyak lagi resepi pencuci mulut dan kek yang telah kami sediakan untuk anda jadikan sebagai rujukan. Terima kasih kerana telah singgah di laman web kami dan jangan lupa share ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *