Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Butter Durian Bikin Teringat Sahaja Sebab Rasa Padu

Durian, raja buah – buahan yang pastinya amat sinonim dengan kita semua. Ianya menjadi kegemaran semua rakyat Malaysia yang bermasyarakat majmuk ini. Salah satu juadah yang dihasilkan daripada durian adalah kek butter durian. Aroma durian daripada kek butter ini sudah pasti menusuk kalbu. Apatah lagi dengan rasa manis lemak durian tersebut, mesti lazat!

Kali ini kami bawakan resepi kek butter durian ini khas buat anda semua. Rasanya sedap, dan ianya juga mudah untuk disediakan. Ianya hanya terdapat tujuh langkah mudah yang boleh anda ikuti. Kek butter juga tahan lebih lama, jadi ianya amat sesuai untuk disimpan dan dihidangkan pada bila – bila masa.

Resepi ini dikongsikan oleh Wan Raudzah Wan Ismail dan mendapat banyak shares di Facebook. Jom tengok!

Kek Butter Durian

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 125 gram mentega
  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur gred A
  • 1/2 @ 3/4 cawan isi durian
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 3 sudu makan serbuk badam
  • 1 1/2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 1/2 sudu teh baking soda*
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh pewarna kuning
  • 1/2 cawan sour cream
    Nota: Bahan – bahan (*) diayak.

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160C terlebih dahulu.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul sebati.
  4. Masukkan isi durian, badam dan susu. Kacau sebati dan masukkan esen vanilla dan pewarna kuning.
  5. Akhir sekali masukkan tepung gandum selang seli bersama sour cream.
  6. Masukkan kedalam loyang bersaiz 7×7 inci yang telah disapu mentega dan dilapik baking paper.
  7. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
kek durian 2
imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!