Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Custard Pandan Layer Manis Buat Jatuh Cinta

Pandan, rasa yang amat sinonim dengan rakyat Malaysia. Ianya memberikan aroma yang amat wangi dan sekiranya di dalam juadah, pasti menambahkan kesedapan! Pandan juga amat mudah untuk didapati di Malaysia. Mungkin, anda boleh memetiknya di luar rumah, atau mendapatinya di pasar tani berhampiran anda.

Kali ini, kami bawakan resepi kek custard pandan layer yang amat lazat. Kombinasi custard dan pandan merupakan kombinasi terbaik, memberikan rasa lemak manis serta aroma yang amat wangi. Kek ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada para tetamu tak kira had umur.

Resepi ini dikongsikan oleh Nina Mahdar dan mendapat ribuan perkongsian dan tanda suka di laman Facebook milik beliau. Mari kita lihat!

Resepi Kek Custard Pandan Layer

kek pandan kastad
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Kek Span:

  • 4 biji telur – gred A
  • 120g gula kaster
  • 50g air atau susu cair
  • 1 sudu besar ovalete
  • 1 sudu teh esen pandan / vanila
  • 1 sudu teh perwarna hijau
  • 170g tepung gandum – di ayak
  • 1 sudu teh baking powder
  • 70g minyak jagung / butter cair

Pandan Custard:

  • 400g santan (kotak)/ (segar)
  • 200g jus pandan (3 helai daun pandan di blender bersama 200gm air)
  • 600g air
    (keseluruhan cecair 1200ml)
  • 220g gula kaster
  • 10g (1 peket agar2)
  • 100g tepung jagung
  • sedikit perwarna hijau
  • 1 sudu kecil garam

Cara – cara memasak:

Kek Span:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali minyak jagung ke dalam mangkuk adunan.
  2. Putar adunan sehingga menjadi kembang dan kental. (sehingga bertukar menjadi hijau muda)
  3. Tuang minyak jagung. puta sebentar dan kaup balik adunan sehingga rata.
  4. Tuang ke dalam loyang 8″ dan bakar menggunakan suhu 170’c selama lebihkurang 25-30 minit mengikut kepanasan oven masing – masing.

Pandan Custard:

  1. Satukan kesemua adunan. kacau sehingga adunan tidak bergentel.
  2. Masak menggunakan api perlahan sehingga adunan kastard menjadi pekat dan likat.
  3. Apabila adunan kelihatan meletup, tutup api.

Kek Pandan Custard Layer

  1. Sediakan kek yang telah di belah 3.
  2. Sediakan loyang. basahkan sedikit permukaan loyang untuk memudahkan proses mengeluarkan kek pandan layer.
  3. Masukkan sesenduk adunan kastard ke dalam loyang. ratakan.
  4. Letakkan kek di atas permukaan kastard.
  5. Kemudian, tuang lagi sesenduk adunan custard.
  6. Ulang langkah tersebut sehingga kastard meliputi keseluruhan kek.
  7. Sejukkan sebelum di hias menggunakan kelapa kering atau mengikut kretiviti masing – masing.

Nota:

  • Resepi ni boleh gunakan loyang 8″ 9″ 10″. makin besar loyang yang di gunakan makin rendah la kejadian keknya dan proses nak bahagi kek kepada 3 bahagian juga agak leceh. Sebab kek semakin nipis dan ada potensi untuk patah.
  • Gunakan 1 loyang kek sahaja. maksudnya bila dah bakar kek. Gunakan loyang yang sama untuk melapis custard juga.
  • Kerak kek (bahagian tepi kek) perlu di potong terlebih dahulu. Tujuannya supaya lapisan kastard meliputi keseluruhan kek.
kek pandan kastad 2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!