Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Kek Coklat Moist Bakar Lain Macam Sedap

author name

📄

Resepi kek coklat moist ini boleh dikatakan amat mudah untuk ditemui. Namun begitu kebanyakan resepi kek ini menggunakan minyak masak atau minyak jagung sebagai bahan utama nya. Berbeza dengan resepi ini di mana kita menggunakan butter sebagai bahan utamanya. Rasa kek ini dipengaruhi oleh kualiti serbuk koko yang digunakan.

Ianya amat sesuai dijadikan sebagai keraian seperti hari jadi ataupun sebagai hantaran. Ini kerana ianya lebih padat dan tahan lama. Baiklah berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk menyedia kek ini.

Bahan-bahan 

  • 2 cawan tepung 
  • 2 tsp baking powder
  • ½ cawan gula halus
  • 4 biji telur gred A/5 biji telur gred C 
  • 250 g butter
  • 1 tsp esen vanila

Pes coklat

  • 1 cawan serbuk koko 
  • 1 tsp serbuk nescaffe
  •  ½ cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • ½ cawan susu cair
  • *Kacau semua menjadi pes.

Kaedah

  • Pukul butter dengan gula sehingga putih
  • Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. 
  • Akhir sekali kaup balik tepung dengan pes coklat dengan adunan butter tadi. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit atau sehingga masak.
  • Biarkan didalam loyang setengah jam apabila ia masak.
  • Keluarkan dan sejukkan diatas besi redai.
  • Siap.

Kek ini amat sesuai dihiasi dengan krim coklat ataupun coklat ganache. Antara bahan yang digunakan untuk membuat coklat ganache ialah coklat dan juga susu cair. Cairkan coklat kemudian curahkan susu cair sehingga ke tahap cairan yang kita inginkan. Nisbah coklat dengan susu ialah dua nisbah satu. Harap anda akan sudi mencuba resipi mudah selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *