Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Coklat Moist Blender (Kek Kukus)

author name

📄

Kini, membuat kek coklat jadi amat mudah. Selepas sahaja anda baca resepi ini, mesti anda terus teringin membuat kek coklat. Kenapa? Kerana ini ialah resepi paling senang sedunia.

Dikatakan mudah kerana cara membuat kek ini yang hanya menggunakan blender sahaja. Sebagaimana yang kita tahu bahawa selalunya perlu mixer elektrik untuk membuat kek, namun sekarang tidak perlu, guna blender sahaja.

Senang, cepat, mudah, begitulah sepatutnya. Kejadian kek juga sangat bagus. Terus teruja tengok kek coklat gebu dan cantik. Kek coklat blender sedap dihidang sebagai hidangan pencuci mulut, sebagai kudapan minum petang, satu keluarga mesti puji-puji anda nanti.

Jom cubakan resepi kek coklat blender yang dikongsikan oleh Ibu Rabbani‎ di laman Facebook. Resepi mudah untuk sesiapa yang tidak punya mixer, guna blender sahaja.

Kek Coklat Moist Kukus Blender

kek coklat blender
Imej via Facebook

Bahan-bahan Untuk Diblend :

  • 1 cawan susu cair/air biasa,
  • 1 cawan susu pekat,
  • 1 cawan serbuk koko,
  • 1 cawan gula,
  • 1 cawan minyak masak@minyak jagung,
  • 3 biji telur,
  • Secubit garam.

Cara-cara :

  1. Blend kesemua bahan ini dalam masa kurang 5 minit.
  2. Sementara itu panaskan kukusan hingga mendidih.

Bahan Untuk Diayak :

  • 1 ½ cawan tepung gandum,
  • 1 sudu kecil bikabonat soda,
  • 1 sudu kecil baking powder.

Cara-cara :

  1. Satukan kesemua bahan yang diblend tadi bersama bahan yang telah diayak.
  2. Kacau rata kesemuanya.
  3. Jika sudah rata, tapis adunan untuk elakkan berketul-ketul.
  4. Masukkan dalam loyang yang disapu majerin supaya tidak melekat. Kukus lebih kurang 45 hingga 50 minit.
  5. Balut tudung pengukus untuk elak air jatuh di atas kek.

Bahan Topping :

  • ½ cawan susu pekat,
  • ½ cawan serbuk koko,
  • 3 sudu susu cair/air biasa,
  • 2 sudu butter@majerin@minyak.

Cara-cara :

  1. Masak di atas api (double boil) sampai sebati dan agak pekat.
  2. Bila kek sudah sejuk, sudah boleh disiram ke atas kek.

    kek coklat blender
    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek coklat blender, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *