Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Cheesekut (Manis Tak Ingat!)

author name

📄 ,

Cheesekut merupakan hidangan pencuci mulut yang pernah menjadi trending sebelum ini. Ianya merupakan hidangan yang amat mudah untuk disediakan.

Bahan asasnya hanyalah biskut dan krim keju, dimana namanya diambil. Bahan yang lain terpulang kepada selera anda. Variasikan mengikut kepada kreativiti anda, pasti dapat menarik selera sesiapa yang merasainya.

Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Syuhada Che Din dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Apa tunggu lagi, let’s check it out!

Resepi Kek Cheesekut

kek-cheesekut
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 200-250g cream cheese
  • 1 paket biskut cream crackers
  • 1 kotak kecil susu segar
  • 1/2 tin susu pekat (nak manis boleh guna 3/4 tin)

Untuk Layer/Topping : Milo/Nestum/Oreo/Cornflakes (ikut citarasa)

Langkah – langkah yang menarik:

  1. Kisarkan cream cheese, susu pekat dan susu segar (guna dalam 4 sudu besar) sampai kembang/ gebu.
  2. Sediakan bekas. Ukur biskut dan adjust siap-siap.
  3. Lepastu letak lapisan cream cheese, diikuti dengan biskut. Biskut tu rendam sekejap dalam susu segar ye. Jangan lama-lama.
  4. Tutup semula lapisan biskut dengan cream cheese.
  5. Kemudian tabur topping. Ulang step tu sampai habis adunan cream cheese. Boleh hias topping ikut citarasa ye.
  6. Dah siap!
  7. Sejukkan dulu dalam peti ais, baru sedap dimakan.
  8. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *