Resepi Kek Butter Pink Paling Cantik Semua Orang Tertawan

kek butter pink

Merah jambu, warna kesukaan ramai wanita di luar sana. Warnanya lembut, cantik dan menenangkan. Kali ini kami bawakan resepi kek butter pink yang amat cantik dan amat mudah untuk disediakan. Ianya juga sesuai untuk dihidangkan pada majlis – majlis keraian kerana rasanya yang amat lazat.

Cara pembuatan kek butter pink ini mudah dan boleh diikuti oleh sesiapa sahaja. Bahan – bahannya mudah untuk didapati! Jika anda menghasilkan sendiri kek butter ini, pasti ianya tidak akan gagal dan hasilnya amat menarik!

Resepi kek butter pink ini telah dikongsikan oleh Zalina binti Zainal dan mendapat banyak shares serta komen positif di laman Facebook beliau. Mari kita lihat resepi ini!

Resepi Kek Butter Pink

kek butter pink
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 250g Butter yang dilembutkan pada suhu bilik
  • 220g Gula Kastor
  • 5 biji telur gred B
  • 250g Self Rising Flour
  • 50g susu pekat
  • 50g susu cair
  • 1 sudu kecik esen vanilla
  • Pewarna merah jamu

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan oven pada suhu 170 atau 180 darjah celcius atau mengikut kesesuaian oven selama 15 minit.
  2. Pukul butter dan gula sampai kembang lebih kurang 5 minit kalau guna stand mixer.
  3. Kaup balik adunan. Pukul lagi.
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
  5. Perlahan kelajuan mixer dan masukkan tepung dan akhir sekali masukkan susu pekat dan susu cair.
  6. Masukkan pewarna merah jamu dan pukul perlahan.
  7. Berhentikan mixer. Kaup balik adunan hingga rata.
  8. Masukkan adunan ke dalam loyang 9 inci atau 10 inci yang telah digris dialas baking paper.
  9. Bakar dalam oven selama 45 – 50 minit atau hingga cukup masak.
  10. Lepas bakar boleh cucuk tengah dengan cake tester untuk nam tahu dah cukup masak ke belum.
  11. Kalau dah cukup masak, terbalikkan atas redai dan boleh terbalikkan semula atas cake board.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Give a Comment