Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Batik Biskut Jejari (Lain Macam Lembutnya)

author name

📄

Resepi tanpa susu pekat, tanpa milo, tanpa serbuk koko, tanpa marjerin dan tanpa telur. Mudah bukan?

Apabila biasanya kek batik dibuat dengan biskut marie, kali ini kami akan berkongsikan resepi kek batik biskut jejari. Resepi berlainan ini dikongsikan oleh Suzi Yanti Md Hane‎ di laman Facebook. Hanya dengan 3 bahan sahaja.

Kek unik dan menarik, ialah ayat yang sesuai untuk menggambarkan kek batik biskut jejari ini. Selain dari penuh rasa sedap, kek batik biskut jejari juga rangup enak berkrim dan cantik apabila dipotong.

Saking menyelerakannya, tiada yang mampu tahan godaan kek batik ini. Orang dewasa mahupun kanak-kanak mesti suka. Jom buat kek batik hari ini. Sesuai untuk acara rasmi, pernikahan, bertunang, untuk kek birthday juga.

Resepi Kek Batik Biskut Jejari

kek batik biskut jejari
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Biskut jejari,
  • 275 ml whiping cream,
  • 500 gram milk chocolate.

Bahan Membuat Topping Coklat :

  • 250 gram milk chocolate,
  • 135 ml whiping cream.

Cara-cara :

  1. Double boil milk chocolate dengan whiping cream.
  2. Susun biskut jejari dalam loyang. Diselang-seli dengan chocolate yang telah dicairkan.

    kek batik biskut jejari
    Imej via Facebook
  3. Sejukan dulu dalam freeze lebih kurang 20 minit baru letak toping coklat.

    kek batik biskut jejari
    Imej via Facebook
  4. Kemudian sejukan semula dalam 2-3 jam baru dipotong. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek batik biskut jejari, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *