Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Batik (Mesti Mahu Lagi)

Pada kali ini, kita akan berkongsikan bersama dengan anda resepi kek batik. Cara untuk menyediakannya amatlah mudah dan bahan-bahannya juga senang untuk didapati.

Kek batik sesuai untuk dihidangkan semasa makan petang bersama dengan keluarga. Ianya juga sesuai untuk dimakan pada bila-bila masa sahaja. Bahan asas kek batik ialah biskut marie.

Anda mahu tahu lagi tentang resepi yang telah dikongsikan oleh Raja Nur Zetty di laman sosial Facebook miliknya dengan lebih mendalam? Mari kita lihat bahan dan cara penyediaanya di bawah. Mari!

kek-batik
image via Facebook

Bahan – bahannya:

Kek batik:

  • 600 gram biskut marie (patah-patahkan)
  • 200 gram butter
  • 1 paket Milo 3 in 1
  • 1/2 tin susu pekat
  • 4 sb serbuk koko
  • 1/2 cawan air panas
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanila

Topping:

  • 100 gram dark compound
  • 100 gram milk compound
  • 200 ml whipping cream
  • 1 sdb butter

Cara – cara penyediannya:

  1. Double boil semua bahan topping atau jika mahu senang masukkan ke dalam microwave. Ketepikan dan biarkan sejuk sekejap.
  2. Gunakan api kecil untuk carikan butter. Masukkan susu dan kacau-kacau dulu.
  3. Masukkan serbuk koko dan milo, kacau cepat untuk mengelakkan jadi berketul.
  4. Masukkan air panas separuh cawan.
  5. Tutup api dan masukkan telur. Jangan stop kacau dan kacau laju laju supaya tidak berketul.
  6. Hidupkan api semula. Masukkan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
  7. Masukkan biskut dan gaul biskut dengan aduunan coklat tadi sehingga semua bersalut coklat dan biskut manjadi lembut.
  8. Selepas itu angkat dan masukkan ke dalam loyang yang berlapik dengan kertas minyak tau plastik.
  9. Simpan kek dalam peti selama 10 hingga 15 minit.
  10. Keluarkan kek dan tekan tekan menggunakan sudu sehingga permukaannya menjadi rata.
  11. Tuangkan topping.

Resepi – resepi lain yang menarik

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!