Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Karipap Rangup (Sekali Rasa, Nak Lagi!)

author name

📄

Karipap oh Karipap!

Karipap, salah satu kuih muih yang amat digemari rakyat Malaysia. Tidak kira kaum mahupun agama, semuanya menggemari karipap. Harganya juga murah, “2 seringgit!” bak kata Mail dalam cerita Upin Ipin.

Tahukah anda, cara pembuatan karipap ini amat mudah? Kali ini, kami bawakan resepi karipap rangup yang confirm buat anda ketagih! Sedap sangat!

Resepi ini dikongsikan oleh Azam Abd Wahab dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok!

Resepi Karipap Rangup

karipap-rangup
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 3/4 cawan atau 150 ml atau 15 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar marjerin
  • 350 ml atau 2 cawan atau 18 ke 19 sudu kecil air masak
  • 1 sudu besar air kapur yang jernih

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan marjerin, biarkan suam – suam dan tuang ke dalam tepung gandum.
  2. Gaulkan rata minyak dan tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Campurkan air kapur dan air.
  4. Setelah itu, masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung. Jangan terlalu lembik atau keras, pastikan sehingga boleh diuli dan tidak melekat.
  5. Uli tepung sehingga sebati menjadi doh.
  6. Untuk proses karipap menjadi senang, rehatikan atau biarkan doh dalam 45 min sehingga 1 jam. (kalau nak cepat, boleh tutupkan doh yang diletakkan kedalam bekas dan dibalut bersama cling film)
  7. Setelah menjadi doh, jadikan doh kepada bulatan kecil. Setelah dibulatkan, rehatakan dalam 15 minit.
  8. Selepas 15 minit, bolehlah buatkan karipap.

Untuk disejuk beku, ada dua cari untuk karipap lebih tahan lama, selama 2 ke 3 bulan.

  1. Goreng separuh masak, sejuk dan bekukan.
  2. Bakar menggunakan ketuhar api atas bawah. Suhu 150C selama 15 minit. Apabila sudah sejuk, bekukan.

Resepi – resepi lain yang boleh dicuba:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *