Karipap Mini

Siapa suka Karipap Mini?
Boleh jenguk Facebook saya Zaky Mat Ali untuk banyak lagi resepi mudah dan ringkas ­čÖé

BAHAN DOH :-
2 sudu besar minyak sapi
100 ml air
1/2 sudu kecil garam
1 biji limau kasturi ambil jusnya
225 g tepung gandum

INTI :-
100 g udang kering
2 ulas bawang putih
2 sudu besar lada kisar
1 batang serai
Garam, gula, perasa secukup rasa.
3 sudu besarminyak – untuk menumis

Cara-cara
Untuk menyediakan doh :-
Minyak sapi,air,garam dimasak hingga mendidih.Masukkan jus limau dan matikan api.
Tuang air minyak yang panas ini kedalam tepung dan uli hingga sebati. Biarkan selama 10 minit.
Canai doh nipis-nipis ,terap bulat sebesar syiling 50 sen.
Masuk inti dan kelim.
Goreng terendam dalam minyak banyak sambil digaul hingga karipap garing sama rata.

Untuk menyediakan inti:-
Kisar semua bahan inti kecuali minyak masak hingga halus.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga kering. Sejukkan dan siap utk digunakan.

Kredit resepi kepada Zaky Mat Ali via #MAHN

Total
0
Shares
Previous Article

KEK KUKUS SANDWICH JEM

Next Article

Biskut Arab