Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Karipap Cun (Gebu dan Lembut!)

Siapa kat sini suka makan karipap? Tertanya – tanya cara pembuatan karipap? Kali ini kami bawakan resepi karipap cun yang gebu dan lembut, pasti menjadi kegemaran anda selepas ini!

Resepi karipap cun ini menghasilkan karipap yang amat sedap, sekali bersama dengan intinya yang lebih kaya dan bukannya angin sahaja. Lagi puas makan oleh yang tersayang! Karipap cun ini juga sesuai untuk dihidangkan pada majlis makan makan.

Resepi ini dikongsikan oleh Haninah Salim dan mendapat banyak perkongsian di Facebook beliau. Jom tengok!

Resepi Karipap Cun

image via Facebook

Bahan – bahan:

Doh kulit karipap:

  • Tepung gandum – 1 kg
  • Butter – 1 1/2 cawan dicairkan dan disejukkan
  • Susu pekat/krimer manis – 3 sudu besar
  • Air masak biasa – 2 cawan (tambah jika perlu)
  • Garam – 2 sudu teh
  • Telur – 1 biji (buang tali pusat)

Inti karipap:

  • Daging lembu kisar/ayam potong halus – 2 cawan
  • Kentang 1 kg – dipotong dadu
  • Keledek manis – 500 gm dipotong dadu
  • Bawang besar 1 biji *
  • Bawang merah 7 biji *
  • Bawang putih 5 ulas *
  • Halia 2 inci *
  • Rempah kari – 3 sudu besar
  • Cili kisar – 1 sudu besar
  • Kiub bilis ADABI – 1 ketul
  • Gula perang – 2 sudu besar atau secukup rasa.
  • Garam secukup rasa
  • Air panas untuk empukkan daging dan kentang.

Cara – cara memasak:

Doh kulit karipap:

  1. Garam dilarutkan dalam air.
  2. Tepung disatukan rata (ramas) dengan butter cair, diikut susu dan telur.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit dalam campuran tepung dan uli hingga doh gebu dan licin.
  4. Tutup doh dan biarkan sekurang-kurangnya dua (2) jam.
  5. Doh ini menghasilkan kulit karipap yang gebu dan lembut – tidak ranggup.
  6. Kelimkan tepi karipap.
  7. Goreng karipap dalam minyak yang banyak dan api yang kecil dan dikawal (Sebaik minyak panas, kecilkan api sebentar, baru masukkan karipap).

Inti karipap:

  1. Kisar bahan bertanda (*).
  2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  3. Masukkan cili kisar, rempah kari dan kiub bilis. Masak lagi 7 minit.
  4. Masukkan daging/ayam. Kacau rata. Masukkan air panas anggaran untuk daging 3/4 masak.
  5. Selepas daging 3/4 masak, masukkan kentang.
  6. Bila kentang separuh empuk, masukkan keledek.
  7. Tambah air panas jika perlu.
  8. Perasakan dengan garam dan gula.
  9. Masak hingga semua bahan empuk dan kering.
  10. Angkat dan sejukkan.

Nota:

  • Butter yang digunakan adalah yang pure butter.
  • Spread butter untuk sapuan roti dan lain lain- kurang sesuai untuk doh karipap.
  • Doh butter ini untuk kulit karipap gebu dan lembut – jika untuk kulit ranggup, gantikan butter dengan minyak masak dan guna air sejuk.
  • Untuk frozen, karipap digoreng separuh masak untuk matikan tepung/doh.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!