no comments

Resepi Karipap Bunga (Kreatif dan Menarik)

Perkongsian pada kali ini kita akan bawakan resepi karipap bunga. Jarang sekali kita akan menjumpai karipap bunga ini dijual di mana-mana. Terdapat doh berbentuk bunga di atas bahagian karipap ini.

Rupa karipap ini sangat menarik dan pastinya boleh dihidangkan pada bila-bila masa sahaja. Anda bolehlah menggunakan apa-apa sahaja inti yang anda sukai.

Resepi karipap bunga ini telah dikongsikan oleh Jalilah JJ di laman Facebook miliknya. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat bahan-bahan dan cara-cara menyediakannya.

Resepi Karipap Bunga

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 120 gram tepung gandum
  • 30 gram majerin dipanaskan
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 40-45 gram air
  • Inti pilihan (ayam kentang, daging kentang, sardin, telur udang)

Cara – cara penyediaannya:

  1. Panaskan majerin dan tuangkan atas tepung dan gaul dengan senduk kayu dahulu dan suam baru gaul jadi serbuk roti.
  2. Larutkan air dengan garam dan tuangkan sedikit demi sedikit hingga jadi doh .Doh jangan terlalu lembut nanti tidak rangup.
  3. Perap selama 15 minit sebelum dicanai.
  4. Ambil doh dan bahagi kepada beberapa bahagian dan canai bulat.
  5. Pilih permukaan yang sebelah bawah yang licin. Sepit sebelah berbentuk V dan ulang proses hingga habis. Mulakan di bahagian tengah.
  6. Isi inti pilihan dan kelim dengan kemas.
  7. Asingkan sedikit doh untuk buat bunga daisy. Untuk buat bunga guna acuan foundant bunga daisy saiz sederhana .
  8. Sapu putih telur dibahagian belakang bunga sebelum melekatkannya pada doh sebanyak 3 keping.
  9. Bakar pada suhu 170 selama 10 minit.
  10. Untuk dapatkan kulit karipap masukan karipap sebelom minyak panas ya. Goreng dengan api sederhana.
  11. Siap.

Resepi – resepi lain yang boleh dicuba:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Reply