Resepi Kari Terung Udang (Ala Mamak)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang biasanya dihidangkan diwaktu makan utama seperti tengahari atau malam. Kari udang bersama terung ini adalah merupakan satu lagi masakan popular masyarakat Mamak. Masakan ini biasanya mudah ditemui di kedai yang menjual nasi kandar. Rempah kari tang digunakan biasanya dibuat sendiri menggunakan pelbagai jenis rempah ratus, disangai dan digiling.

Sesuai dengan peredarah zaman, kini rempah kari amat mudah ditemui. Bagi menghasilkan kari makanan laut, rempah kari yang digunakan ialah rempah kari ikan. Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk anda cuba sendiri resepi ini.

Resepi Kari Terung Udang (Ala Mamak)
Bahan utama

  • 10 ekor udang galah
  • Bahan lain
  • 350 gm terung panjang
  • 30 gm serbuk kari ikan,dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
  • 600 ml santan
  • 2 sudu makan air asam java
  • Garam secukup rasa

Bahan tumis

  • 1 biji bawang besar,hiris halus
  • 6 ulas bawang merah,belah 2
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu teh halba
  • 4-5 sudu makan minyak

Kaedah 

  • Panaskan minyak and tumis bahan tumis hingga wangi dan bila bawang menjadi perang. Masukkan pes kari dengan sedikit air tumis hingga naik miyak.
  • Masukkan terung dan kacau rata. 
  • Masukkan santan dan air asam kacau rata dan biarkan masak hingga terung 1/2 masak masukkan udang dan garam kacau dan masak hingga terung masak.
  • Siap

Untuk menambahkan rasa yang lebih pedas, anda boleh menambah serbuk cili atau cili kisar. Meskipun asam yang digunakan dalam resepi ini ialah asam jawa, anda boleh juga menukarkannya kepada asam keping, guna hanya sekeping sahaja agar ia tidak terlalu masam. Oleh itu diharap anda akan sudi mencuba resepi ini ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Kari Ketam

Resepi Kari Ikan Sardin

Resepi Kari Sotong

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *