Resepi Kari Sardin (Ringkas Sedap)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi menu makan utama. Masakan berasaskan sardin dalam tin ini adalah salah satu menu yang cukup popular dikalangan krang Malaysia. Sardin dalam tin telah wujud lama dalam negara kita, oleh itu tidak hairan ada banyak resepi yang berasaskan sardin dalam tin yang boleh dicuba.

Kali ini Madam akan kongsikan resepi kari sardin, antara resepi yang selalu Madam guna terutama ketika hendak cepat atau bila kehabisan stok lauk segar. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Kari Sardin (Ringkas Sedap)
Bahan-bahan

  • 1 tin sardin besar (digoreng kosong dahulu)
  • Air asam jawa anggaran 1 mangkuk kecil
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk lada/lada kering kisar
  • Garam
  • Gula
  • Minyak untuk menumis

Bahan-bahan tumis

  • 1 sudu besar halba campur
  • Daun kari 2 tangkai
  • 4 biiji bawang merah dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • Sedikit halia dihiris

Kaedah

  • Mula-mula tumis semua bahan-bahan tumis.
  • Kemudian tumis pula rempah kari dan serbuk lada.
  • Tambahkan air asam jawa  sikit demi sedikit 
  • Kemudian masukkan sardin dan tambahkan garam,serbuk perasa dan sedikit gula jika anda suka.
  • Biar mengelegak sebelum tutup api.

Jika anda tidak suka menggunakan asam jawa anda boleh gantikan dengan asam keping, guna sekeping sahaja agar ia tidak terlalu masam. Anda juga boleh menambahkan kentang atau bendi sebagai rencah. Jamu selera anda bersama nasi panas dan telur dadar bagi melengkapkan hidangan anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Ayam Panggang Yogurt (Makanan Sihat)

Next Article

Resepi Sayur Kobis Cina (Ringkas Dan Sedap)