Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Jus Carrot Susu Sihat Sedap Syiok Minum

author name

📄

Resepi minuman ini juga merupakan satu lagi minuman kegemaran yang mudah ditemui. Carrot susu dibuat dari lobak merah yang ditambah dengan susu manis. Ada juga yang menggunakan gula bersama susu segar. Terpulang pada citarasa masing-masing. Namun begitu lobak merah merupakan antara sayur-sayuran yang berkhasiat dan amat baik untuk kesihatan. Ianya kaya dengan vitamin A dan juga tinggi antioksidan. Khasiatnya amat banyak sehingga anda perlu membaca dalam artikel lain pula. Namun begitu bagi yang ingin mencuba sendiri minuman ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 biji lobak merah – potong dadu/kecik2
  • ½ air 
  • 2 sudu makan susu cair
  • 2 sudu besar susu pekat 
  • Ais secukupnya

 Kaedah

  • Bersihkan lobak merah dan potong dadu
  • Masukkan lobak merah,susu manis,susu cair dan tambah jika perlu.
  • Kisar sehingga halus.
  • Sediakan penapis dan tuang dalam gelas yang telah ditambah ais.
  • Buang hampas dan sedia untuk dinikmati.

Minuman ini amat sedap dan digemari oleh kanak-kanak. Anda boleh mencuba resepi ini terutama untuk anak-anak yang tidak gemar makan sayur. Mereka pasti suka akan rasa minuman ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *