jeruk mangga asam boi

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Sesuai Buat Snek Krup Krap!

Pada perkongsian kali ini, kita akan berkongsi dengan anda semua resepi jeruk mangga asam boi. Jeruk mangga asam boi merupakan salah satu snek yang amat sinonim dengan rakyat Malaysia. Ianya digemari oleh ramai diantara kita kerana kombinasi masam, manis dan pedas yang pastinya menguji deria rasa kita semua. Jeruk mangga asam boi juga selalu dijual di gerai berdekatan anda!

Namun begitu, tahukah anda resepi ini sangat mudah untuk disediakan? Bila anda buat sendiri di rumah bolehlah anda buat mengikut stail anda sendiri! Apabila sudah siap nanti bolehlah anda makan dengan sepuas-puasnya sambil menonton televisyen atau sambil buat kerja di rumah nanti. Pastinya anda akan lebih menyukai hasil air tangan anda sendiri!

Tanpa melengahkan masa lagi dan anda pun mesti sudah terliur bukan? Resepi ini telah dikongsikan oleh Sham Sabri di laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat banyak like. Marilah kita lihat cara-cara dan bahan-bahan yang perlu disediakan untuk menyediakan jeruk mangga asam boi ini.

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi

jeruk mangga asam boi
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 biji mangga
  • 5 – 6 biji cili api ( boleh dikurangkan / ditambah)
  • 3 – 4 sudu makan gula pasir
  • 5 biji asam boi
  • 1/4 cawan ais krim soda (lebih pun boleh)
jeruk mangga asam boi 2
Imej via Facebook

Cara – cara memasak:

  1. Kupas mangga, potong atau hiris memanjang, basuh dan toskan.
  2. Masukkan ke dalam balang.
  3. Campurkan semua bahan – bahan lain.
  4. Simpan dalam peti ais semalaman.
  5. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *