Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Jejari Oats Sihat Dan Melazatkan Semua Orang Suka

author name

Oats merupakan salah satu sumber karbohidrat kompleks yang akan membuat anda lebih kenyang berbanding yang ringkas seperti gula putih dan nasi putih. Oats juga mengandungi kandungan serat yang tinggi. Oleh itu, oats amat baik untuk membantu sistem penghadaman. Bagi mereka yang ingin menjalani cara hidup yang lebih sihat, anda boleh memulakannya dengan mengamalkan oats di dalam diet pemakanan seharian anda.

Kali ini, kami bawakan resepi jejari oats yang amat lazat dan pasti akan disukai oleh semua lapisan masyarakat. Hidangan ini juga akan menjadi pilihan juadah sihat kerana rasanya yang menarik. Selain itu, cara pembuatannya juga mudah tau! Oleh itu, bolehlah anda cuba menyediakan hidangan ini buat keluarga yang tersayang.

Resepi ini dikongsikan oleh Che Ros dan telah mendapat banyak shares serta komen positif di media sosial. Mari kita lihat!

Resepi Jejari Oats

jejari oats 2
Imej via Facebook

Bahan – bahan

  • 1 cawan buttercup
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 3/4 cawan gula aising
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan oat (blend halus)
  • Susu tepung

Cara – cara memasak:

  1. Masukkan buttercup, minyak sapi & gula aising gaul sebati.
  2. Masukkan serbuk koko & gaul sebati.
  3. Campur tepung gandum & oat kemudian masukkan ke dalam adunan tadi & uli menjadi ketul.
  4. Ambil sikit – sikit untuk digelek & ditekap mengikut acuan.
  5. Bakar pada suhu 150-170C mengikut oven masing masing selama 10-15 minit.
  6. Sejukkan & golek dengan susu.
jejari oats
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *