Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ikan Tongkol Gulai Versi Klate Paling Pure Dan Legend!

Gulai Ikan Tongkol merupakan salah satu hidangan yang selalunya dihidangkan bersama dengan nasi dagang. Ianya merupakan salah satu makanan tradisi masyarakat yang berada di Pantai Timur. Rasanya amat lazat dan menjadi kegemaran ramai! Ianya juga selalu didapati di restoran pada waktu sarapan pagi. Walaubagaimanapun, sekarang amat sukar untuk mencari resepi asli bagi menu ini.

Kali ini, kami bawakan resepi ikan tongkol gulai Klate yang pastinya asli dan melazatkan. Cara pembuatan gulai ini ringkas, hanya terdapat lima langkah mudah yang perlu anda ikuti. Bahan – bahannya pula boleh didapati di pasaraya berdekatan. Kini, anda bolehlah menyediakan gulai ini sendiri!

Resepi ini dikongsikan oleh Ziela Rahim dan telah mendapat shares dan likes yang banyak di media sosial. Jom tengok!

Resepi Ikan Tongkol Gulai Klate

gulai klate ikan tongkol
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ikan tongkol (direbus garam/asam keping)
  • 8-9 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 inci lengkuas
  • 3 inci kunyit hidup
  • 1 sudu kecil biji ketumbar
  • 3-4 keping asam keping
  • Garam dan gula
  • Santan secukupnya
  • Timun atau Cili hijau (jika suka)

Cara – cara memasak:

  1. Ikan direbus dengan air, asam keping dan garam.
  2. Bahan di atas dikisar. Masukkan ke dalam santan, dimasak dengan api kecil hingga menggelegak. Pastikan anda kacau selalu.
  3. Masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula.
  4. Masak hingga pecah minyak.
  5. Kalau suka masukkan timun.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!