Ikan Percik

Resepi Ikan Selar Percik Paling Sedap dan Sesuai Untuk Semua

Masak Percik merupakan hidangan yang amat popular di Malaysia terutamanya di Pantai Timur. Ianya merupakan gabungan cili kisar, serai dan halia dan dimasak bersama protein pilihan anda. Anda bebas memilih untuk menyediakan ikan ataupun ayam percik!

Kali ini kami bawakan kepada anda resepi ikan selar percik. Resepi ini merupakan salah sebuah resepi yang mudah untuk disediakan. Namun begitu, ikan ini perlu dibakar di atas bara bagi memberi rasa yang lebih lazat. Bahan – bahan untuk membuat ikan selar percik ini juga mudah untuk didapati.

Resepi ini dikongsikan oleh Adiah Adam dan mendapat banyak perkongsian di laman Facebook milik beliau. Jom tengok!

Resepi Ikan Selar Percik

imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ikan selar
  • *3 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 batang serai
  • *2 inci halia
  • 1 kotak santan – 200ml
  • 3-4 sudu cili kisar
  • 1 keping asam keping
  • 1 batang serai titik
  • Garam & gula secukup rasa
  • 1 sudu Tepung beras (pilihan) – untuk pekatkan kuah

Cara – cara memasak:

  1. Ikan dilumurkan dengan garam kunyit sebelum dibakar.
  2. Kisar bahan bertanda. Kemudian masukkan dalam periuk yang berisi santan. Kacau menggunakan api yang perlahan.
  3. Kemudian masukkan cili kisar, serai titik, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi sehingga sebati.
  4. Kuah mesti selalu dikacau dengan api perlahan agar santan tidak pecah minyak. Apabila kuah hampir pekat, masukkan tepung beras yang dibancuh dengan air.
  5. Kacau sehingga kuah pekat & betul – betul masak supaya tidak cepat basi.
  6. Akhir sekali, tuang kuah yang dah masak ke atas ikan yang siap dibakar tadi.
imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Total
7
Shares
Previous Article
nasi ayam penyet new

Resepi Nasi Ayam Penyet Original daripada Indonesia Gerenti Melazatkan

Next Article
nasi kandar 2

Resepi Nasi Kandar Mamak Paling Simple Semua Orang Boleh Cuba