Resepi Ikan Percik ( Versi Pantai Timur)

Satu lagi resepi popular dari pantai timur, ikan percik. Masakan ini mempunyai beberapa versi selain dari ikan percik. Yang paling popular ialah ayam percik. Masakan menggunakan ikan atau ayam yang dibakar kemudian dipercik dengan kuah percik. 

Resepi ini amat ringkas dan bahannya juga amat mudah ditemui, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi Ikan Percik
Bahan bahan

  • 1 kg ikan kembung
  • 2 cawan santan pekat – guna 1 kotak santan kotak campur air
  • 2 sudu besar gula atau secukup rasa
  • Garam
  • 1/2 – 1 keping asam keping
  • 1 sudu besar tepung beras – bancuh dengan sedikit air

Bahan kisar

  • 1 batang serai
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili kering – saya guna 3 sudu kecil cili kisar
  • 1 inci halia

Kaedah

  • Mula-mula perasakan ikandengan garam dan bakar. Ketepikan.
  • Kemudian tumis bahan kisar dimasak dengan santan sehingga kuah hampir pekat dengan menggunakan api perlahan.
  • Masukkan gula, garam dan asam.  
  • Tuang keatas ikan yang telah dibakar
  • Siap.


Jika anda tidak punya bara untuk membakar, memadailah anda mengril diatas kuali dengan sedikit minyak. Pastikan kacau sentiasa kuah terutama selepas menambah tepung beras kerana ia mudah pekat dan akan jadi terlalu garing. Oleh kerana rasanya amat sedap, anda haruslah mencuba resepi ini! Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Murtabak Homemade (Mudah Menyenangkan)

Next Article
Resepi-Sup-Gear-Box

Resepi Sup Gear Box (Gerenti Makan Bertambah!)