Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ikan Masak 3 Rasa Versi Goreng Semua Orang Boleh Buat

author name

📄

Ikan 3 rasa merupakan menu yang amat popular untuk makan malam dan merupakan kegemaran ramai rakyat Malaysia. Ianya selalu dihidangkan di restoran Thai berdekatan dengan rasanya yang amat lazat. Walaupun begitu, harganya juga boleh tahan. Sekiranya anda ingin sesuatu yang lebih mesra ekonomi, makan di luar bukanlah inisiatif yang terbaik. Oleh itu, kami bawakan resepi ikan masak 3 rasa versi goreng yang anda boleh sediakan sendiri di rumah!

Resepi ini juga ringkas untuk disediakan. Anda hanya perlu ikuti lima langkah mudah dan siap! Hidangan anda telah pun siap. Bahan – bahannya pula boleh didapati di kedai runcit dan pasaraya berdekatan anda. Mungkin juga, bahan tersebut boleh didapati sekarang di dapur! Ianya terdapat 3 bahagian bahan yang perlu anda ikuti dan sediakan. Jadi, jom tengok resepi ini!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Maisara Nasir dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Ikan Masak 3 Rasa Versi Goreng

ikan 3 rasa
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ikan siakap (lumur garam, kunyit dan tepung jagung)

Bahan Tumis:

  • 1biji bawang besar @ Holland (hiris dadu)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1inci halia (ketuk)
  • setengah batang serai (hiris halus)

Bahan Sos:

  • 2 senduk kecil cili kering kisar
  • 3 sudu sos cili thai
  • 3 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos ikan
  • 1 sudu sos tiram

Bahan Tambahan:

  • Lobak merah (potong dadu)
  • Nenas (potong dadu)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 5-10 biji cili padi (potong halus)
  • 1 biji cili merah besar (potong halus/dadu)
  • Sedikit air (untuk kuah)
  • 1 kiub pati ayam
  • secukup rasa Maggi
  • daun ketumbar (hiris halus)
  • daun limau purut (hiris halus & buang tulang)

Cara – cara memasak:

  1. Goreng ikan sehingga garing, ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan hiris sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan semua jenis sos, masak sehingga mendidih.
  4. Tambah sedikit air, masukkan pula kiub pati ayam dan secukup rasa Maggi. Kacau-kacau sehingga sebati baru masukkan sayur, nenas yang dipotong dadu tadi.
  5. Taburkan daun limau purut dan daun ketumbar, siap.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *