Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ikan Kembung Kukus Rendam Air Asam Sekali Rasa Nak Lagi

author name

Resepi kali ini merupakan sejenis masakan berasaskan ikan yang amat menyihatkan dan juga berkhasiat. Ikan kembung kukus rendam air asam ini menggunakan ikan kembung saiz besar yang amat sedap dan kemudian dikukus. Selepas itu ikan ini akan dicurah dengan air asam yang mengandungi cili api yang dipotong kecil bersama hirisan bawang besar dan juga tomato.

Masakan ini amat sesuai terutama bagi mereka yang tidak gemar pada masakan bergoreng. Dan juga sesuai bagi mereka yang gemar masakan kampung yang sememangnya mempunyai peminatnya yang tersendiri. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 4 -6 ekor ikan kembung (bersihkan dan perasakan dengan garam)
  • 2 bawang merah *
  • 2 inci belacan *
  • 6 biji cili padi(ikut suka pedas)*
  • 1 biji tomato di buang biji dan di potong dadu
  • 1/2 biji bawang hollend/bawang besar di potong dadu
  • 1 biji cili merah dihiris nipis
  • 3 biji limau kasturi diambil jusnya
  • sedikit asam jawa +air
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • Panaskan air dalam periuk kukusan dan kukus ikan sampai masak
  • Tumbuk kasar kesemua bahan yg bertanda (*)
  • Masukkan kesemua bahan bahan yg dihiris ke dalam air asam dan kacau
  • Tuang air asam ke atas ikan yang telah dikukus dan siap untuk dihidangkan.

Masakan ini amat ringkas malah tempoh penyediaannya juga amat singkat. Jika anda tidak punya masa untuk mengukus ikan anda boleh juga merebusnya sahaja. Ini kerana rasanya juga amat sedap terutama apabila anda menggunakan ikan yang masih segar. Apapun diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini dan anda pasti suka akan rasanya. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *