Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa (Yang Ringkas)

Resepi kali ini merupakan satu lagi resepi ikan yang popular dan kerap dihidang. Ikan cencaru sumbat kelapa ini amat mudah ditemui jadi anda sendiri boleh menyedianya kerana bahan-bahannya amat mudah didapati dengan cara pembuatan juga amat ringkas. 

Malah anda boleh menyediakannyalebih awal dan terus membakar ikan ini sejurus anda pulang dari kerja. Mudah bukan? Oleh itu berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan ikan cencaru sumbat kelapa ini.

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

Bahan – bahan

  • 3-5 ekor Ikan Cencaru.
  • 1 sudu makan Garam.

Bahan sumbat kelapa

  • 2 ulas bawang merah .
  • ½ sudu udang kering (rendam)
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit garam dan gula
  • 2 sudu cili kisar

Kaedah

  • Tumbuk semua bahan hingga sebati.
  • Penyediaan ikan cencaru
  • Belah belakang ikan
  • Perasa ikan dengan garam secukupnya
  • Kemudian sumbat sambal kelapa yang telah disediakan tadi.
  • Bakar atau grill didalam kuali dengan sedikit minyak.
  • Siap!

Kebiasaannya ikan bakar ini tidak ditambah air asam, namun begitu anda juga boleh menyediakan air asam ringkas dengan menggunakan hirisan bawang merah, cili api ,asam limau ,sedikit asam jawa dan tambahkan kicap jika anda suka rasa manis. Oleh itu diharap anda akan cuba sendiri resipi ini selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!