Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ikan Celup Tepung Paling Padu Tahun 2020!

author name

📄

Ikan celup tepung merupakan salah satu juadah yang amat popular di kawasan berdekatan laut terutamanya di Pantai Timur Malaysia. Ianya merupakan hidangan yang ringkas tetapi masih digemari ramai. Ikan celup tepung memberi kerangupan di bahagian luar dan lembut di bahagian dalam.

Cara pembuatan ikan celup tepung ini amatlah ringkas. Ikan digaul dengan bahan – bahan tepung dan digoreng keemasan. Mudah kan? Oleh itu, anda juga boleh menyediakan hidangan ini sendiri. Ikan celup tepung ini sesuai dimakan begitu sahaja ataupun mengikut selera masing masing. Jom kita tengok resepi ikan celup tepung ini!

Resepi ini dikongsikan oleh Tg Khuzanika dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok!

Resepi Ikan Celup Tepung

ikan goreng tepung
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ikan (dibasuh dengan air garam)

Tepung goreng ikan:

  • 2 cawan tepung beras
  • Air secukupnya
  • 5 ketul ais
  • 1 biji telur kuning
  • Sedikit garam
  • Setengah sudu teh kapur *
  • 1 sudu teh serbuk kunyit *

(Bahan bertanda (*) di adun dengan sedikit air)

Cara – cara memasak:

  1. Masukkan tepung ke dalam bekas bersama bahan – bahan tepung goreng ikan.
  2. Masukkan ais dan sedikit air sehingga ais mencair.
  3. Tambahkan air secukupnya.
  4. Gaulkan ikan dengan pes.
  5. Gorengkan ikan. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *