ikan-bilis-goreng-cili-api

Resepi Ikan Bilis Goreng Cili Api (Pedas Terangkat!)

Hi semua! Kali ini kami bawakan kepada anda resepi Ikan Bilis Goreng Cili Api. Bear in mind resepi ini pedas tetapi sangat lazat!

Ikan Bilis Goreng Cili Api ini boleh dimakan bersama roti ataupun cekodok. Malahan, ianya juga boleh dimakan bersama nasi. Ditambah pula dengan telur mata panas – panas. Letak kicap diatasnya. Cukup sempurna!

Resepi ini dikongsikan oleh Indah Nutrisi dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita tengok!

Resepi Ikan Bilis Goreng Cili Api

ikan-bilis-goreng-cili-api
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ikan bilis
  • Cili api kampung
  • Bawang merah 6 biji
  • Bawang putih 4 biji
  • Bawang besar 2 biji hiris
  • Minyak untuk goreng
  • Garam, perisa

Cara – cara memasak:

  1. Goreng ikan bilis dengan bawang besar sampai rangup dan ketepikan
  2. Tumbuk cili bawang merah, bawang putih sampai lumat.
  3. Tumiskan yang kita tumbuk tadi sampai garing sikit.
  4. Akhir sekali, masukan ikan bilis tadi, masukkan garam, perisa.
  5. Biarkan sekejap dan angkat.
  6. Siap!

Resepi lain yang boleh dicuba:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *