Resepi Tradisional, Moden & Terkini

GULAI SIPUT

author name

📄

GULAI SIPUT SEDAP…..RIUH SEKAMPUNG!!

BAHAN-BAHANNYA 🙂
1 kg siput sedut
1 pokok keladi sayur
1 keping asam gelugor
4 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN KISAR HALUS 🙂
4 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
3/4 kunyit hidup
1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA 🙂
Siput ditabur dengan hampas kelapa dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya, cuci bersih dan kerat hujung siput tadi, anggarannya 3 ruas dari bahagian atas. Cuci kembali dan tos, masukkan ke dalam periuk, masukkan bahan kisar halus dan serai titik. Didihkan sekejap.
Sementara itu batang keladi dibuat kulit luarnya, kerat pada saiz sederhana, cuci dan celur dalam air mendidih bergaram yang diletak asam gelugor, sekejap. Angkat dan toskan.
Tuang santan cair dalam periuk siput tadi, kacau rata dan didihkan. Masukkan asam gelugor dan juga batang keladi. Tuang santan pekat, perasakan dengan garam secukup rasa, sedikit gula dan daun kunyit. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *