Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Vanilla Muffin Senang Sangat Korang Mesti Suka

author name

📄

Resepi kali ini merupakan satu lagi resepi asas muffin yang sangat mudah untuk disediakan. Antara bahan-bahan yang digunakan di dalam resipi ini ialah buttermilk,tepung, telur, gula dan juga kismis dan kacang-kacang campuran. Teknik yang digunakan di dalam penyediaan muffin ini adalah amat ringkas. Anda tidak perlu menggunakan mesin sebaliknya ia hanya perlu disediakan menggunakan spatula sahaja, kacau semua bahan menjadi sebati sebelum anda membakarnya.

Bahan kering

  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • ⅛ sudu teh soda bikarbonat 
  • 1 cawan gula halus

Bahan basah

  • ½ cawan minyak/butter cair
  • 1 cawan buttermilk (susu + 1 sudu besar cuka)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Hiasan

  • Esen vanila
  • Kismis
  • Badam dan kacang-kacang campuran.

Kaedah

  • Campur semua bahan kering dan basah dalam belas berasingan.
  • Kemudian baru campurkan sehingga sebati.
  • Guna spatula atau whisk sahaja.
  • Akhir sekali baru tambahkan bahan hiasan.
  • Masukkan adunan didalam cawan Muffin
  • Bakar 25-30 minit pada suhu 160c
  • Siap

Resepi ini sangat sesuai bagi anda yang sedang mencari idea untuk hadiah doorgift. Kerana ia tidak menggunakan butter  malah caranya juga sangat mudah. Anda boleh jimat banyak masa di samping menyediakan hidangan yang sedap. Bagaimana pun terpulanglah kepada citarasa anda dan diharap anda akan mencuba sendiri. Selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *