Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Durian Crepe (Fluffy, Gebus, Moist)

author name

Buah apa yang baunya tidak wangi tapi sedap? Durian jawapnya. Kali ini salah satu makanan viral berbahan durian yang ramai dicari di Facebook. Namanya ialah durian crepe.

Ada banyak cara makan durian yang menyelerakan. Salah satunya ialah durian crepe. Durian crepe ialah makanan pencuci mulut yang gebu dan fluffy.

Durian crepe dibuat dengan melumatkan durian dengan susu dan krim. Kemudian bahan isian ini dibungkus dengan kulit crepe yang lembut dan elastis. Kulit crepe ini dibuat daripada adunan tepung.

Tekstur hidangan pencuci mulut ini amat lembut terasa hingga ke dalam. Ditambah lagi ada perisa durian yang merangsang selera. Tunggu apalagi jom cubakan resepi durian crepe yang dikongsikan oleh Murni Rahmat‎ di laman Facebook.

‎Resepi Durian Crepe Viral

durian crepe
Imej via Facebook

Bahan Kulit Durian Crepe :

  • 2 cawan ditambah 1 sudu penuh tepung gandum,
  • 2 cawan santan/susu segar,
  • 2 cawan air,
  • 1 sudu gula,
  • Pewarna makanan kuning,
  • 3 biji telur gred A, kalau kecil tambah lagi 1,
  • Garam,
  • Setengah cawan minyak jagung/kelapa,
  • Seulas durian/perisa durian,

Cara-cara :

  1. Kisar semua bahan lebih kurang 5 minit.
  2. Tapis dan biarkan kira-kira 15 minit atau sehingga buih tidak ada.
  3. Panaskan kuali yang tidak melekat, sapu minyak masak dengan tisu.
  4. Tuang sesenduk bancuhan dan lenggang-lenggangkan kuali sampai dapat bentuk bulat.

Nota :

  • Mesti buat nipis-nipis ya. Kalau tidak nanti tidak jadi crepe malah jadi lempeng durian.
  • Api mesti kecik. Kalau api besar nanti crepe akan berlubang-lubang halus.
  • Bahagian atas atau yang tidak kena api akan jadi bahagian kulit luar ya.
  • Crepe tidak perlu dibalikkan sewaktu masak diatas kuali.
  • Masak dalam 2 minit sudah cukup.
  • Api wajib kecil, kalau boleh, masa bancuhan sentuh kuali, bunyi dia slow saja. Kalau bunyi kuat, konfirm tebal.

Resepi Inti Durian :

  • Krim non-dairy,
  • Durian,
  • Susu pekat manis.

Cara-cara :

  1. Gaulkan isi durian dengan susu, tiada sukatan, kalau suka manis boleh letak banyak susu. Gaul sampai sebati, akan jadi macam paste/jem.
  2. Pukul krim yang sejuk sampai gebu. Kalau krim tidak manis, boleh tambah gula aising.
  3. Sudukan ke atas crepe.
  4. Tambah isi durian.
  5. Bungkus macam buat popia.

    durian crepe
    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi crepe durian, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *