Resepi Tradisional, Moden & Terkini

10 Kumpulan Resepi Donut (Gebu Gebas) Untuk Minam Petang

author name

📄 ,

Doh lembut yang digoreng hingga keemasan, berhiaskan topping kegemaran, dan dinikmati bersama orang kesayangan. Donut memiliki tempat di hati semua orang tidak kira umur. Kalau tanya anak-anak lagilah mereka peminat sejati donut.

Pada masa sekarang banyak varian donut yang dijual dengan kepelbagaian bentuk dan rasa. Hal ini tentu semakin membuat peminat donut makin teruja. Namun, harga donut yang begini tidaklah murah, boleh habis juga puluh ringgit kalau ingin puaskan tekak satu keluarga. Padahal, tidak kisahlah apa nama donutnya, yang penting resepi doh dia sama sahaja.

Untuk mengatasi hal ini, alangkah baiknya jika anda mampu buat donut sendiri, lagi berbaloi. Boleh sesuaikan topping yang anda mahu. Bahkan jika hasilnya bagus, silap hari boleh niaga donut, bukan?

Seperti yang diharapkan, kami hadirkan resepi donut homemade air tangan chef rumah di laman Facebook. Kumpulan resepi di bawah ini semestinya mendapat beragam share dan komen di Facebook. Sangat disyorkan untuk anda cuba.

Resepi Donut Gebu Gebas

Imej via Facebook

Petang-petang buat donat terlajak gebu sampai tidak nampak lubang. Selama ini buat donut tidak pernah gebu macam ini. Norlela Abdul Lahak berkongsi resepi donut gebu gebas di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 kilo tepung gandum dan 3 sudu kecil baking powder,
  • 3 sudu besar marjerin,
  • 3 sudu besar susu pekat,
  • Gaul semua bahan di atas dan ketepikan.

Bahan lain :

  • 1 paket yis mauripan,
  • 2 sudu besar gula,
  • Sedikit garam,
  • 1 cawan air suam.

Cara-cara :

  1. Bancuh dan gaul bahan lain di atas. Biar seketika hingga naik buih yang banyak baru boleh dimasukkan ke dalam tepung gandum yang digaul tadi.
  2. Sediakan 1 ½ cawan lagi air suam. Tambah di dalam adunan tadi. Kacau adunan hingga sebati dan menjadi doh yang lembut.
  3. Tutup doh dan biarkan doh rehat selama 30 minit atau sehingga doh kembang.
  4. Bila doh sudah kembang, pukul doh supaya keluar angin. Selepas itu boleh bulat-bulatkan dan bentukkan donat.
  5. Rehatkan dalam 6 minit boleh digoreng.

Resepi Donut Tanpa Telur

Imej via Facebook

Rahsia agar donat gebu gebas ialah bakar dalam oven dulu konfirm gebu gebas. Donat ini tidak perlukan bahan seperti butter, shortening, telur dan sebagainya. Jom tengok resepi daripada Azie Ruziana Kanaan di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 kg tepung gandum cap bunga ros (sediakan sekilo lebih),
  • 1 peket yis jenama mauripan,
  • 2 cawan air suam,
  • 1 cawan minyak masak,
  • 1/2 cawan susu pekat,
  • 2 atau 3 sudu gula,
  • Sedikit garam (saya guna hujung sudu).

Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan kecuali tepung gandum. Kacau-kacau guna sudu sehingga gula larut. Ketepikan sehingga nampak yis naik berbuih.
  2. Setelah yis berbuih masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau dengan sudu. Habiskan dulu 1 kg tepung.
  3. Uli guna tangan. Kalau doh masih melekat di jari tambah sedikit-sedikit tepung. Uli lagi sampai nampak licin.
  4. Rehatkan doh. Doh akan naik sekali ganda.
  5. Tumbuk-tumbuk manja doh dan uli lagi. Bahagikan doh kepada 3 bahagian.
  6. Rehatkan lagi sampai doh naik gebu.
  7. Sediakan tempat untuk canai doh. Sebelum canai doh. Sila tabur tepung gandum sedikit-sedikit. Supaya doh tidak melekat nanti.
  8. Canai doh mengikut ketebalan yang dimahukan.
  9. Terap gunakan acuan donat. Susun di dulang pembakar.
  10. Tunggu sehingga donat naik gebu baru bakar.
  11. Bakar selama 10 minit api atas bawah 200℃.
  12. Kalau ingin goreng lepas bakar pun boleh. Kalau ingin frozen kan pun boleh.

Resepi Donat Gebu Gebas Mek Siti

Imej via Facebook

Berdonat pagi hari. Anak-anak suka minta buatkan donut. Walaupun beratus-ratus resepi dikongsikan, tapi Ctiey Samsiah Bahdom tetap setia dengan resepi yang satu ini. Resepi ini anggaran dalam 20 biji ikut saiz.

Bahan-bahan :

  • 1 peket yis mauripan,
  • 2 sudu besar gula
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1cawan air suam
  • Kacau semua sekali. Biarkan 10-15 minit bagi yis berbuih-buih melimpah gelas.

Dalam bekas lain :

  • 3 ½ cawan tepung gandum,
  • 2 sudu besar marjerin,
  • 1 sudu kecil baking powder (optional),
  • Garam sedikit.

Cara-cara :

  1. Gaul semua bahan biar jadi macam serbuk roti.
  2. Kemudian baru tuang bancuhan yis tadi sedikit-sedikit. Uli sampai doh tidak melekat.
  3. Tutup bekas. Perap selama 45 minit- 1 jam.
  4. Bila doh naik kembang elok, tumbuk-tumbuk doh bagi keluar angin. Kemudian uli sekali lagi selama 10-15 minit bagi doh betul-betul lembut.
  5. Tekap guna acuan (saya guna penutup bekas air anak).
  6. Rehatkan doh selama 10-15 minit. Kalau rasa naik elok boleh goreng siap-siap guna api perlahan.
  7. Jangan terlebih kembang pulak. Nanti serap minyak dan jadi keras bila goreng.

Resepi Donat Kampung Gebu

Imej via Facebook

Sha Roziah Al Yahya cuba buat donat 4 bahan dan menjadi gebu gebas. Kalau betul cara-cara dapat juga hasil yang baik. Ini resepi yang mudah. Resepi dikongsikan di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 250 g tepung gandum,
  • 2 sudu besar susu manis,
  • 5 gram yis @ 2 sudu kecil,
  • 2 sudu besar marjerin,
  • Air agak-agak.

Cara-cara :

  1. Campur semua bahan di atas hingga menjadi macam serbuk roti.
  2. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga licin.
  3. Bentukkan dan perap hingga naik 2x ganda.

Resepi Donut Gebu Mudah

Imej via Facebook

Resepi seterusnya pun datang daripada Sha Roziah Al Yahya. Buat untuk minum petang anak-anak balik sekolah.
Donut gebu yang mudah tidak guna improver, ovallete atau pelembut lain. Tetap lembut dan gebu gebas dan nampak ring (jalur putih).

Bahan A :

  • 250 gram tepung gandum,
  • 2 sudu besar gula,
  • 6 gram yis/mauripan,
  • 2 sudu besar susu tepung.

Bahan B :

  • Telur 1 biji,
  • Air .

Cara-cara :

Campur dan jadikan sukatan 120-130ml.

Bahan C :

  • 30 gram marjerin dan shortening (kalo tidak ada shortening letak marjerin pun boleh),
  • Sedikit garam halus.

Cara-cara :

  1. Kalau guna breadmaker, masukkan dulu bahan B kemudian baru masukkan bahan A, tekan start biar ia sebati semua
  2. dalam 2-3 minit, baru masukkan akhir sekali bahan C .
  3. Kalau uli dengan tangan, mula-mula masukkan bahan A, baru masukkan bahan B dan akhir bahan C. Uli hingga tidak melekat di tangan.
  4. Bila sudah siap uli saya terus bentukkan (bulat-bulatkan) dan baru perap.
  5. Bila sudah naik sedikit baru lubangkan tengahnya. Kemudian sambung perap lagi hingga naik 2x ganda dari asal lebih kurang 30 minit.
  6. Baru goreng.

Resepi Donut Lembut Gebu Macam Span

Imej via Facebook

Donut ini kuih kegemaran si kecil, sekali makan boleh habis 2 biji donut gemuk ini. Zurina Kifli berkongsi resepi di laman Facebook. Jika ada yang terlepas pandang resepi sebelum ini, boleh tengok resepi donut mudah ini sekarang. Sukatan cawan minum teh sahaja.

Bahan-bahan :

Perapan Yis :

  • 1 ½ cawan air suam, isikan dalam gelas besar@mangkuk.
  • 2 sudu makan gula pasir,
  • 1 sudu makan yis Mauripan@Saf,
  • 1 biji kuning telur gred A@B yang dibuang pusat, kacau-kacau dahulu (rahsia lembut gebu dan tekstur isi donat tidak kering).

Cara-cara :

  1. Satukan air suam dan gula, kacau hingga gula larut.
  2. Masukkan yis dan kacau-kacau sekejap, biarkan 15 minit @ hingga berbuih. Bila yis sudah berbuih campurkan kuning telur dan kacau sebati. Siap, sudah boleh mula menguli tepung.

Bahan-bahan lain:

  • 4 cawan tepung gandum Bakers choice,
  • 1/2 sudu teh garam halus,
  • 3 sd makan marjerin,
  • 2 sudu makan susu tepung Nespray,
  • 1 sudu teh baking powder,
  • 1 sd teh Bread Softener@sebarang pelembut roti yang ada.

Cara-cara :

  1. Gaul rata hingga sebati tepung bersama bahan-bahan lain dalam bekas besar marjerin. Tuangkan perapan yis yang sudah berbuih, gaul rata dan uli hingga nampak seperti serbuk roti.
  2. Masukkan marjerin dan terus uli hingga sebati. Tambah sedikit air jika doh terlalu keras dan rasa berat. Kalau sudah rasa OK tidak perlu tambah air lagi, ikut tahap resapan tepung. Doh mesti lembut melekit-melekit sedikit.
  3. Terus uli dengan cara-cara tarik tolak doh seperti memberus baju hingga doh yang melekit bertukar menjadi licin.
  4. Boleh juga masukkan doh ke dalam plastik bersih dan ramas sekali sekala picit-picit hingga doh menjadi licin dan tidak melekit-melekit.
  5. Keluarkan doh dari plastik dan terus uli lebih kurang setengah jam hingga doh licin, elastik dan terasa lembut ringan.
  6. Doh sudah tidak melekat pada tangan.
  7. Tutup bekas doh dengan tudungnya@kain lembap @ plastik. Perap doh lebih kurang 1 jam hingga naik 3x ganda.
  8. Apabila doh sudah cantik kembang, tekan-tekan @tumbuk perlahan untuk buang angin dan bentukkan dengan bentuk disukai. Sama ada bentuk donat biasa @bentuk hati @bentuk bunga. Sentiasa lumurkan tepung pada tangan supaya doh tidak melekat pada tangan.
  9. Sudah siap bentuk, rehatkan lebih kurang 30 minit, bergantung suhu ruang. Dulang bekas letak donat mesti ditabur tepung agar donat tidak melekat pada dasar apabila hendak digoreng. Jangan sampai doh terlampau kembang, nanti donat mengecut lembik dan serap banyak minyak bila digoreng.
  10. Panaskan minyak dan goreng donat dengan api sederhana perlahan, balikkan 1-2 kali sahaja hingga masak kedua-dua bahagian untuk dapatkan ring putih pada sekeliling donat. Jangan kerap balikkan donat nanti hilang ring Putih itu. Api pulak jangan kuat sangat nanti donat garing mengejut, luar nampak terlalu garing tapi dalam tidak masak sepenuhnya.
  11. Angkat donat dan toskan minyak, boleh lapik bekas dengan tisu dapur.Apabila donat sudah sejuk@suam bolehlah salutkan dengan gula@susu tepung dan gula@coklat.

Gula Salut Donat:

  • 1/2 cawan Snow Powder @Dusting Powder
  • Sedikit gula castor.
  • Satukan kedua-dua gula dan kacau rata,
  • Letak donat dalam bekas besar bertutup rapat. Goncang pelahan hingga gula tersalut cantik.

Coklat Salut Donat:

  • 150 gram coklat pejal Beryls, lebih kurang sebesar tapak tangan kanak-kanak 10 tahun.
  • 2 sudu makan butter@marjerin,
  • 3 sudu makan susu cair@susu segar 1 kotak.

Cara-cara :

  1. Guna kaedah double boil, jangan terus masak atas api dapur nanti coklat pahit. Pastikan jangan tercampur sedikit pun air dalam coklat, nanti coklat berketul-ketul dan tidak licin.
  2. Mula-mula cairkan coklat, apabila sudah cair masukkan marjerin dan susu cair. Saya tambah 1 sudu makan susu pekat.
  3. Kacau sebati. Biarkan sekejap@boleh terus salutkan pada donat.

Tips Donat Gebu Uli dengan Bread Maker :

Semua bahan-bahan saya letak sukatan yang sama. Kecuali air sejuk dari peti ais 260ml. Kadang tambah sedikit-sedikit jika rasa doh pejal dan keras, ikut tahap serapan tepung. Kalau guna BM masukkan bahan basah dahulu diikuti bahan kering. Step rounding dan perap semua sama.

Resepi Donut Lazat

Imej via Facebook

Cuti sekolah macam ini anak-anak ramai di rumah. Ibu memang kena kreatif untuk ciptakan kudapan yang sedap dan menarik hati. Kami tunjukkan anda resepi donut lazat daripada Ika SweetiePolkadot dari laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 500 gram tepung high protein @ tepung roti,
  • 1 biji telur,
  • 1 sudu besar planta,
  • 1 sudu besar shortening,
  • 1 sudu besar rata cream super,
  • 1 peket mauripan,
  • 2 sudu besar gula,
  • 2 sudu besar susu pekat,
  • 250 ml air suam.

Cara-cara :

  1. Larutkan gula, susu pekat dan mauripan dalam air suam. Biarkan hingga berbuih.
  2. Dalam bekas lain, satukan tepung, shortening, cream super, planta dan telur. Ramas hingga jadi serbuk roti.
  3. Kemudian tuang air mauripan. Tambah air sedikit-sedikit jika perlu. Uli sampai sebati hingga doh jadi licin dan elastik.
  4. Bila sudah elastik boleh terus bentuk donat anda. Timbang kalau ingin sama besar dan bulatkan.
  5. Rehatkan kejap baru goreng.

Resepi Donat Gebu Mudah

Imej via Facebook

Betul orang kata “Practice make perfect”. Begitu pula kalau ingin buat donut. Bahan tidak cukup? Tidak ada planta? Tidak ada telur? Boleh cuba resepi ini. Dikongsikan oleh Sue Syafieqa Balqis di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Tepung Gandum 500 gram,
  • Yis setengah paket,
  • Garam setengah sudu kecil,
  • Minyak masak 3 sudu makan,
  • Susu manis 2 sudu makan,
  • Gula 2 sudu makan,
  • Setengah cawan air sejuk yang ada ais,
  • Bancuhkan yis, gula, susu manis ke dalam air setengah cawan air masak. Kacau dan tutup. Tunggu hingga berbuih.

Bahan Lain :

  • Tepung gandum 2 sudu makan,
  • Air masak setengah cawan.
  • Masakkan atas kuali dengan api yang kecil sampai likat.
  • Donut akan lembut sampai esok.

Cara-cara :

  1. Masukkan tepung, minyak masak dan garam ke dalam besen. Gaulkan.
  2. Masukkan pula tepung yang dimasak di atas kuali, gaul lagi.
  3. Masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit. Akhir sekali masukkan air ais tadi sedikit demi sedikit uli sampai tidak lekat di tangan (kalau lembik tambah tepung). Saya uli sampai licin dalam 15 minit.
  4. Tutup doh dengan pinggan/kain basah selama 30 minit.
  5. Bentukkan apa-apa bentuk yang anda suka.

Tips donat montok gebu :

Bulatkan donat macam buat pau. Rehatkan di dulang selama 10 minit. Kemudian pakai jari telunjuk, tekan di tengah donat. Rehatkan lagi donat 10-15 minit. Baru goreng.

Resepi Donut Montok

Imej via Facebook

Resepi seterusnya masih lagi datang daripada Sue Syafieqa Balqis namun resepi kali ini menggunakan ovalet. Macam mana ya kejadiannya? Ayuh cubakan resepi yang dirujuk pada laman Facebook ini.

Bahan-bahan :

  • Tepung Gandum 500 gram,
  • Yis setengah paket,
  • Garam setengah sudu kecil,
  • Minyak masak 3 sudu makan,
  • Susu manis 2 sudu makan,
  • Gula 2 sudu makan,
  • Ovalet,
  • Setengah cawan air sejuk yang ada ais,
  • Bancuhkan yis, gula, susu manis ke dalam air setengah cawan air masak. Kacau dan tutup. Tunggu hingga berbuih.
  • Tepung gandum 2 sudu makan,
  • Air masak setengah cawan.
  • Masakkan atas kuali dengan api yang kecil sampai likat.
  • Donat akan lembut sampai esok.

Cara-cara :

  1. Masukkan tepung, minyak masak, ovalet dan garam ke dalam besen. Gaulkan.
  2. Masukkan pula tepung yang dimasak di atas kuali, gaul lagi.
  3. Masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit. Akhir sekali masukkan air ais tadi sedikit demi sedikit uli sampai tidak lekat di tangan (kalau lembik tambah tepung). Saya uli sampai licin dalam 15 minit.
  4. Tutup doh dengan pinggan/kain basah selama 30 minit.
  5. Bentukkan apa-apa bentuk yang anda suka.

Resepi Donat Comel

Imej via Facebook

Tidak pernah jemu makan donut. Bahkan ada yang jadi rutin harian, sama ada untuk makan sendiri ataupun untuk niaga sebab penggemar donut memang ramai. Jom cubakan resepi donut comel daripada Suhasnida Ismail yang berkongsi di laman Facebook.

Bahan A :

  • 400 gram tepung high protein,
  • 100 gram tepung gandum,
  • 10 gram yis,
  • 70 gram gula (ingin kurangkan pun boleh),
  • 7 gram garam,
  • 2 biji kuning telur (optional),
  • 2 sudu besar tepung susu,
  • 5 gram improver atau 10 gram cream super,
  • 3 gram serbuk penaik (optional),
  • 50 gram mentega/shortening.
  • (Campur semua sekali sebati)

Bahan B:

250ml air dimasukkan sedikit-sedikit.

Cara-cara :

  1. Campur semua bahan A sebati, masukkan air sedikit demi sedikit, uli sebati. Jika guna cream super masukkan cream super akhir sekali, jadi doh tidak terlampau lembek.
  2. Uli sampai licin dan elastik nampak berkilat. Keluarkan doh, timbang 40 gram, bentukkan dan lubangkan. Perap sampai naik elok. Ikut cuaca, kalau cuaca panas, setengah jam sudah boleh goreng.
  3. Jangan lupa panaskan minyak dengan api sederhana. Kemudian boleh goreng.
  4. Siap goreng, boleh salut dengan gula kastor, snow powder atau gula perang, celup coklat pun boleh.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Donut Gebus, kami juga menulis resepi lain yang sama menarik. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.