Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Dodol kukus

Percubaan kali pertama mendodol kukus…

Alhamdulillah cantik kejadiannye…

Dodol Kukus sdp menikmatinya
X kira di hr biasa atau bln puasa. Biasa terdpt byk jual di pekan sari Temerloh, kuih tradisi di sebahagian daerah negeri pahang..

Resepi : Dodol Kukus

Bahan A
1 cawan santan pekat utk buat taik minyak

* Cara membuat taik minyak, santan dimasak hingga pecah minyak. Yang ni je dlm 1/2 jam nak buat sebab lama nak masaknya. Jangan kacau sangat nanti kurang taik minyaknya – api sdg

2. Bahan B
Daun pisang dilayu agar lembut supaya tidak pecah ketika dijadikan alas dodol .

3. Bahan C
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air

* satukan dlm periuk dimasak hingga hancur semuanya dan sejukkan

4. Bahan D
2 cawan tepung pulut
1 sudu tepung ubi
1 1/2 cawan santan

* Campur semua bahan D, gaulkan hingga sebati dan boleh isi bahan C (suam2 ). Kemudian tapis bila bahan dah bersebati semua.

Panaskan periuk kukus.
Minyak dari taik minyak tadi di sapu pd daun pisang dan tuangkan adunan ke dalam loyang yang dialas dengan daun pisang tadi. Siap letakkan dalam periuk kukus, nak tau dah masak ia cantik lucin dn x melekat di jari dan warna kehitaman mengikut warna gula
Dah siap, sejukan boleh lah di tabur taik minyak di atas dodol kukus
Slmt mencuba

resepi ini telah diambil dari fb ‎Anas Hafizullah‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!