daging-merah

Resepi Daging Merah (Confirm Teringat – ingat!)

Daging masak merah ini adalah merupakan sebuah menu popular yang banyak dihidangkan digerai-gerai masakan Thailand. Biasanya ia dihidang bersama nasi goreng USA. Daging masak merah adalah daging yang direbus setelah dilumur dengan pewarna merah.

Bahagian daging yang paling sesuai dijadikan daging merah ini ialah bahagian batang pinang. Ini kerana ia lebih lembut dan tidak perlu direbus terlalu lama mengekalkan rasa manis daging tersebut.

Sesuai dengan keenakan daging merah ini, ia tidak memerlukan bahan yang banyak untuk masak daging masak merah. Ia hanya memerlukan sedikit sos tiram, bawang besar dan sedikit kepedasan didalam cili api.

Resepi ini dikongsikan oleh Asroha Hamat dan mendapat lebih 700 likes di media sosial. Jom kita tengok!

Resepi Daging Merah

daging-merah
image via Facebook

Bahan – bahan:

Daging:

  • Seketul Daging anggaran berat 300gram
  • Pewarna merah anggaran 2 sudu teh

Masak Merah:

  • Bawang putih 2 ulas.
  • Bawang besar 1 biji.
  • Cili api 5 ulas.
  • Cili merah 1 ulas.
  • Sos tiram

Cara – cara memasak:

Daging:

  1. Mula-mula lumurkan garam dan lewarna warna pada daging.
  2. Rebus daging bersama garam dan pewarna merah sehingga ia empuk.
  3. Apabila telah sejuk, keluarkan dan hiris nipis apabila ia telah sejuk.

Daging Masak Merah:

  1. Panaskan minyak sedikit dan tumis bawang putih yang diketuk atau cincang.
  2. Masukkan daging, kacau sebati dahulu.
  3. Masukkan sos tiram pula.
  4. Kemudian masukkan bawang besar dan cili.
  5. Dengan api yang besar, masak sehingga semua bahan naik bau.
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi – resepi lain:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Total
0
Shares
Previous Article
daging-masak-hitam

Resepi Rendang Daging Hitam (Makan Bertambah!)

Next Article
sup-ketam

Resepi Sup Ketam (Gerenti Memikat!)