Resepi Daging Masak Kicap (Sedap Terangkat)

daging masak kicap

Mencari resepi daging yang menarik? Masakan daging yang boleh dimakan oleh anak tanpa risau rasa pedas? Mak boleh cuba buat daging masak kicap. Gerenti anak suka makan jadi bertambah.

Rasa hidangan ini tidaklah penuh rasa manis yang memuakkan. Ianya ada rasa manis enak dan lazat. Bau wangi daripada rempah masak kicap amat merangsang selera. Siapapun yang mencium wanginya gerenti jadi lapar dibuatnya.

Iqlima Abu Bakar‎‎ berkongsikan resepi daging masak kicap di laman Facebook. Resepi ini ialah yang biasa ia gunakan semasa berniaga. Bagi yang pernah beli dengan cik Iqlima tidak disangsikan lagi bahawa resepinya memang sedap bukan?

Daging direbus empuk dulu, kemudian ditumis dengan bahan-bahan blend sehingga bau yang wangi teramat hingga menusuk hidung. Makan daging masak kicap dengan nasi putih, jangan lupa ambil kuahnya sekali, padu! Selamat mencuba.

Resepi Daging Masak Kicap

daging masak kicap
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Daging direbus sehingga empuk,
  • Kicap lemak manis,
  • Kicap pekat,
  • Kicap masin,
  • Sos tiram,
  • Serai (ketuk),
  • Halia (hiris nipis),
  • Bawang Holland (mayang),
  • Bawang merah (blend),
  • Bawang putih (blend),
  • Buah keras (tumbuk),
  • Cili kering (blend),
  • Rempah empat sekawan,
  • Garam,
  • Gula.

Cara-cara :

  1. Tumis bahan blend dan tumbuk.
  2. Lepas naik bau letak cili blend dan empat sekawan beserta halia dan serai.
  3. Kacau lagi letak kicap dan sos tiram.
  4. Letak daging dan jika suka boleh letak sedikit air rebusan daging tadi.
  5. Bila hampir masak letak bawang Holland, jika suka buleh letak tomato dan lada besar.
  6. Sudah angkat boleh taburkan daun sup atau bawang goreng.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi daging masak kicap, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Give a Comment