Resepi Daging Kerutup Kelantan (Lazat Menjilat Jari)

kerutup daging

Belah pantai timur, menu kerutup daging amatlah popular. Apabila tetamu datang ke rumah, anda masakkan gulai ini. Bertambah-tambah mereka makan nasi. Sukanya hati tengok depa makan sampai licin ke kuah.

Jom kami pecah rahsia untuk dapatkan gulai kerutup sesedap rasa. Ikut langkah memasak yang kami kongsikan di bawah ini, makanan popular yang
dikongsikan oleh Afy AL Habibi‎ di laman Facebook.

Mungkin ada bahan yang tidak digunakan oleh sesetengah orang. Jangan bimbang. Tidak ada rasa yang pelik. Rata-rata mereka yang cuba memang jatuh cinta dengan resepi ini. Berikut cara penyediaannya.

Resepi Kerutup Daging

kerutup daging
Imej via Facebook

Pes bahan kisar :

  • Anggaran bahan untuk ½ kg daging.
  • 3 biji bawang merah saiz bola ping pong,
  • 1 ulas bawang putih,
  • ½ batang serai,
  • Sehiris nipis halia,
  • Sehiris nipis lengkuas,
  • ½ sudu besar jintan putih dan ½ sudu besar rempah ketumbar. (Sangai sekejap untuk hasil masakan lebih umph),
    (Kisar semua bahan di atas hingga lumat).

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak secukupnya. Masukkan 3 sekawan (1 batang kayu manis, 1 bunga lawang dan 3 biji buah pelaga hijau). Guna api perlahan sahaja.
  2. Boleh masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan pula 1 sudu besar cili kisar. (Buat sendiri. Rebus cili kering, buang tangkai dan biji. Kisar sehalusnya). Jangan guna cili boh. Hilang rasa asli gula nanti. Kacau sehingga pecah minyak.
  4. Sediakan rempah kerutup. Saya memang tidak guna yang lain. Buat stok awal-awal beli di kampung. Masukkan 3 ½ sudu besar rempah kerutup dalam mangkuk. Tambahkan dengan ½ cawan air. Kacau rata sebelum ditumis sekali.
  5. Pes perlu garing sehingga pecah minyak sedikit untuk gulai tidak cepat basi. Tambahkan lagi ½ cawan air kosong. Kacau lagi sampai sebati dan pecah minyak.
  6. Daging ½ kilo yang dipotong nipis dan sedikit lebar pula dimasukkan.
  7. Kacau rata sebelum periuk ditutup. Biarkan selama 40 minit menggunakan api yang perlahan.
  8. Selepas itu, masukkan pula 1 sudu besar kerisik kelapa. Masa ini baru boleh masukkan garam. Daging akan liat kalau letak garam terlebih awal.
  9. Untuk anggaran garam, masukkan 1 sudu besar garam, 2 sudu besar gula putih, 1 sudu besar gula perang dan ½ sudu kecil serbuk perasa. Tapi, kalau ingin selamat masukkan sedikit demi sedikit. Takut sukatan air daging yang direnehkan tadi tidak sama.
  10. Masukkan santan 1 sudu besar sahaja. (Ikut kesesuaian air yang terhasil dari daging yang direneh. Boleh tambah sedikit lagi kalau air banyak). Santan itu sekadar untuk melemakkan masakan. Barulah warna gulai akan cantik menyerlah.
  11. Renehkan lagi dengan api perlahan. Lebih kurang ½ jam bagi mendapat hidangan yang sempurna.kerutup daging

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kerutup daging, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Give a Comment