Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Daging Kaprau Thai (Memikat Hati)

author name

Masakan Thailand satu ini mesti buat anda tercari-cari. Citarasa makanan ini dapat anda cubakan di rumah dengan resepi yang kami kongsikan di bawah ini.

Daging kaprau ialah masakan Thailand yang bercirikan daging digoreng bersama pes tomyam ditambahkan cili api, bawang besar, kicap manis, daun selasih dan sos cili Thai ke dalamnya sebagai perencah.

Daging kaprau sedap dimakan bersama nasi putih panas. Citarasa lauk ini sudah sedondon dengan tekak melayu. Ahli keluarga mesti suka. Untunglah kalau pandai masak daging kaprau, boleh jimat tidak perlu beli di kedai. Masak sendiri lebih yakin dan berbaloi.

Sila cubakan resepi daging kaprau yang dikongsikan di laman Facebook oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad. Mudah dan menyelerakan. Selamat mencuba.

Resepi Daging Goreng Kaprau

daging kaprau
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Daging batang pinang dihiris nipis,
  • 2 sudu besar pes tomyam,
  • Cili api diketuk ikut kepedasan. (Resipi asal mesti pedas).
  • 2 labu bawang besar (dibelah delapan),
  • 1 sudu besar kicap manis,
  • 1 sudu besar sos cili Thai,
  • Daun selasih.

Cara-cara :

  1. Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu pes tomyam selama ½ jam.
  2. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8.
  3. Terus masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar.
  4. Setelah agak garing, masukkan hirisan daging yang telah diperap dan goreng hingga daging kecut.
  5. Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili. Sentiasa goreng.
  6. Masukkan daun selasih yang telah dipetik-petik, dicuci dan ditoskan.
  7. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.

Tip : Kalau tidak ada daging batang pinang guna daging biasa pon boleh. Tapi dengan syarat kena rebus dulu. Daging batang pinang tidak perlu direbus, terus goreng sahaja.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi daging kaprau, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *