Resepi Daging Hitam Berempah Mamak

Resepi Daging Hitam Berempah Mamak (Gerenti Laku!)

Daging Hitam Berempah merupakan hidangan yang selalu dimakan bersama nasi beriani ataupun nasi kandar. Ianya mempunyai rasa rempah yang kuat, digabungkan bersama rasa manis daripada daging.

Kali ini kami sediakan resepi daging hitam berempah ala mamak yang sedap dan menyelerakan ini. Ianya pasti menjadi menjadi menu berbuka puasa, menu rumah terbuka ataupun menu makan tengahari biasa. Terpulang kepada anda untuk menyediakannya.

Resepi ini dikongsikan oleh Nani Elyani Zaini dan mendapat banyak perkongsian di Facebook. Apa tunggu lagi, mari kita lihat!

Resepi Daging Hitam Berempah Mamak

Resepi Daging Hitam Berempah Mamak
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Ketumbar
  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • Serai
  • Air asam jawa

Cara – cara memasak:

  1. Kisar semua bahan di atas. Kemudian, bahagi kepada 2 bahagian. 1 untuk perap daging dan satu lagi untuk tumis.
  2. Perap daging dengan bahan blend, kicap manis dan sos tiram selama satu jam.
  3. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan serta serai ketuk sehingga naik bau.
  4. Masukkan lebihan bahan kisar serta cili kering yang telah dikisar dan cili api jika hendak pedas. Tumis sehingga naik minyak.
  5. Masukkan perapan daging dan air asam jawa. Tambahkan kicap jika tidak cukup hitam.
  6. Masak sehingga daging empuk dan sedikit kering.

P/s: Resepi ini hanya menggunakan kicap manis secukup masa. Boleh letak garam dan gula mengikut citarasa masing-masing.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Total
5
Shares
Previous Article

Koleksi 25 Resepi Mee,Bihun Dan Laksa Paling Diminati

Next Article
Resepi Keropok Lekor Homemade

Resepi Keropok Lekor Homemade (Sangat Crunchy!)