Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Daging Goreng Rempah (Confirm Sedap!)

Anda sedang mencari resepi yang mudah dan sedap? Kali ini, kami bawakan khas buat anda semua, resepi daging goreng rempah yang mudah, lazat serta mengenyangkan!

Resepi daging goreng rempah ini menggunakan bahan – bahan yang boleh didapati di pasaraya sekitar anda. Cara pembuatannya juga tidaklah rumit, maka yang amatur juga boleh menyediakan hidangan ini!

Resepi ini dikongsikan Khatijah Gneuz dan banyak perkongsian telah didapati di laman sosial. Jom kita lihat!

Resepi Daging Goreng Rempah

daging-goreng-rempah
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kilo daging di rebus sampai empuk (guna periuk tekanan 20 minit sahaja)
  • *5 ulas bawang kecil
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 inci kunyit hidup
  • *1 inci halia
  • *3 btg serai

Bahan bertanda (*) dikisar

  • Minyak utk menumis
  • 1 keping asam keping
  • 2 sudu rempah kurma
  • Garam & gula
  • Bawang besar
  • Cili api
  • Cili besar

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak, masukkan daging, bahan yang dikisar dan rempah kurma
  2. Apabila sudah hampir kering dan masukkan asam keping, bahan perasa, bawang besar, cili api dan cili besar.
  3. Masakkan sampai kering dan naik minyak.
  4. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!