Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Daging Cincang Goreng Ikan Masin Unik Sesuai Dimakan Bersama Nasi Panas

Ramai diantara kita mencari comfort food yang pastinya dapat menenangkan hati mereka. Ada diantara kita yang mendapatkan makanan segera kerana ianya lebih mudah untuk didapati. Namun begitu, ianya kurang sihat kerana makanan segera telahpun diproses terlebih dahulu. Salah satu pilihan lain yang anda ada adalah dengan menyediakannya sendiri.

Kali ini kami bawakan resepi daging cincang goreng ikan masin yang amat lazat, lemak dan manis! Ianya sangat sedap dimakan bersama dengan nasi panas dan pastinya digemari oleh sesiapa sahaja yang merasainya. Juadah ini juga mudah untuk disediakan. Cara pembuatannya amat ringkas dan memerlukan 4 langkah utama sahaja.

Resepi ini dikongsikan oleh Cik Munirah Mat Jusoh dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok resepi ini!

Resepi Daging Cincang Goreng Ikan Masin

daging cincang ikan masin
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 3 keping ikan masin
  • 300g daging segar yang dicincang
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji cili (kalau nak pedas tambah lagi)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2-3 biji limau nipis
  • Daun sup

Cara – cara memasak:

  1. Goreng ikan masing dengan api kecil hingga masak dan asingkan.
  2. Lepas tu tumis bawang putih dan cili dengan bekas minyak goreng ikan masim hingga bangkit bau.
  3. Selepas itu, masukkan daging. Sebelum air daging kering, tambahkan gula, sos tiram tunggu hingga air kering. Selepas itu masukkan ikan masin yang digoreng tadi bersama bawang besar.
  4. Goreng sampai garing dan tutup api. Perahkan limau lipis mengikut rasa. Kalu suka masam, anda juga boleh perah sebanyak mungkin.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!