Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Daging Briani (Confirm Teringat!)

Daging Briani selalunya didapati diwaktu majlis kahwin ataupun dikedai mamak. Jarang sekali orang menyediakannya dihari – hari biasa. Walaubagaimanapun tahukah anda, anda boleh menyediakannya kerana ianya tidak sukar?

Sekiranya anda mencari kelainan ataupun ingin menyediakannya bersama dengan nasi beriani, resepi ini khas buat anda! Bolehlah anda hidangkan hidangan ini kepada yang tersayang.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Az Hanie Ismail dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Apa tunggu lagi, jom kita lihat!

Resepi Daging Briani

daging-briani
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kilo daging (rebus hingga lembut)
  • 1/2cawan minyak
  • 1 cawan air
  • 125 gm rempah beriani
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • sedikit garam
  • 2 biji kentang dipotong 4
  • sedikit susu cair
  • 2 sudu cili kisar

Bahan kisar:

  • 7 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 labu bawang besar
  • 1 1/2 cm halia

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.
  2. Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan air, garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!