daging-bakar-thai

Resepi Daging Bakar Thai (Gerenti Sedap!)

Daging Bakar Thai merupakan salah satu hidangan yang ringkas dan lazat. Ianya juga lebih sihat memandangkan ia mempunyai kandungan minyak yang kurang dibandingkan dengan hidangan bergoreng. Oleh itu, daging bakar Thai amat sesuai buat mereka yang sedang berdiet ataupun yang inginkan hidup yang lebih sihat.

Daging Bakar Thai juga mempunyai langkah penyediaan yang ringkas, iaitu hanya 2 langkah mudah! Dengan 2 langkah ini anda boleh menyediakan hidangan yang sihat dan lazat.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Hilmi Yusof dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Apa tunggu lagi, jom kita lihat!

Resepi Daging Bakar Thai

daging-bakar-thai
image via Facebook

Bahan – bahan:

Daging:

  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Madu
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak masak

Pencicah:

  • Bawang putih (bakar dulu)
  • Cili merah
  • Cili thai
  • Daun ketumbar
  • Sos nampla (sos ikan)
  • Air limau nipis

Cara – cara memasak:

Daging bakar:

  1. Gaul semua bahan dan perap bersama daging selama 1 jam.
  2. Lepas tu bakar ikut tahap garing yang anda suka.

Tips: Jangan bakar lama sangat untuk maintain kelembapan daging tu. Baru sedap. Saya bakar atas hot plat / gridle pan.

Pencicah:

  1. Potong halus dan tumbuk cili & bawang putih.
  2. Cincang halus daun ketumbar.
  3. Gaulkan semua bahan bersama sos nampla dan air limau nipis

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Total
0
Shares
Previous Article
agar-agar-santan

Resepi Agar Agar Santan (Resepi Pencuci Mulut)

Next Article
tauhu-kukus

Resepi Tauhu Kukus Sos Tiram (Ala Chinese!)