Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Daging Bakar Perap Bersama Sos Pedas Thai Kaw-Kaw Punya

author name

📄

Resipi yang dikongsikan kali ini adalah masakan yang menggunakan daging. Daging diguna ialah daging bahagian yang lembut. Masakan ini sangat sesuai dijadikan sebagai menu utama dalam makan tengah hari ataupun malam. Malah ia juga sesuai dijadikan hidangan dalam acara bbq. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah sos ayam Thai dan juga serbuk cili Thai  menjadikan masakan ini seperti masakan daging Thai. 

Namun begitu ianya juga sesuai dengan citarasa orang Malaysia kerana bahan-bahan yang digunakan amat mudah ditemui disini.Dan anda boleh mencubanya sendiri, berikut adalah bahan-bahannya yang boleh  didapati di pasar raya terdekat.

Bahan-bahan perapan

  • 300g daging lembut (anggaran)
  • Sos tiram
  • Garam
  • Kicap manis
  • Serbuk lada hitam

Kaedah

  • Perap semua bahan selama 30minit hingga 1 jam.
  • Bakar didalam oven selama 30 minit.
  • Atau bakar/grill sehingga masak.
  • (sukatan bahan lain dianggar mengikut saiz daging)

Sos pencicah

Bahan-bahan

  • Sos ikan
  • Serbuk cili Thai 
  • 1 biji jus asam limau nipis 
  • 1 sudu gula
  • 10 ulas cili api hiris 
  • Bawang besar hiris
  • Daun ketumbar

Kaedah

  • Campurkan semua bahan dan rasa masin dan manisnya baru tambahkan air asam limau sedikit demi sedikit mengikut citarasa anda.
  • Siap!

Keenakan masakan ini terletak kepada di dalam sos pencicahnya. Sos ini seharusnya mempunyai rasa masam-masam manis dan pedas. Penggunaan daun ketumbar menguatkan lagi pengaruh masakan Thai yang sangat sinonim dengan citarasa kita tetapi anda juga boleh menggunakan daun sup. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *